Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

Tak Sangka! Kris Jenner Obses Kumpul Koleksi Pinggan Mangkuk

by Indah Aziz
June 11, 2022
Foto - The Cut

Foto - The Cut

16
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Nama Kardashian-Jenner sudah kita maklum memonopoli dunia kecantikan dan fesyen. Malah ahli keluarga usahawan ini sudah mempunyai pelbagai syarikat gergasi yang berjaya mendamba hati peminat.

Namun disebalik dunia glamour, ibu kepada anak-anak Kardashian-Jenner iaitu Kris Jenner tidak terlepas pandang dengan hobi seperti sikap ‘mak-mak’ lain. Mengumpul pelbagai jenama pinggan mangkuk mewah yang unik.

Apa yang mengagumkan DIVA, koleksi ini disimpan di sebuah bilik khas. Kalau lihat dari gambar-gambar yang dikongsikan umpama berada di muzium khas pinggan mangkuk.

Foto – Poosh

Sebagai junior dalam dunia hiasan pinggan mangkuk, cukup teruja melihat rekaan dan corak pada koleksi Kris Jenner. Bukan sahaja pinggan mangkuk tapi lengkap bersama set cawan dan pelbagai mug minum yang dibuat khas hanya untuk Kris.

Pilihan jenama pula sudah tentu dari Hermes dan Gucci yang menelan belanja lebih ribuan dolar.

Foto – Poosh

Jangan terkejut, rupanya Kris siap menempah set hidangan pinggan dilukis potrait anak-anaknya diatas pinggan, mangkuk dan mug.

Foto – Poosh

Menurut dari laman Poosh, anda boleh membeli set pinggan yang sama seperti Kris. Sudah tentu ia antara koleksi kegemaran ‘momager’ ini.

Foto – Poosh

Bayangkan set 8 Hermes Africa Tableware sudah pun mencecah $550 atau sekitar RM2500.

Foto – The RealReal

Begitu juga dengan teko khas Gucci Herbarium berharga $650 yakni RM2900!

Foto – Gucci

Lihat sahaja pada rekabentuk, corak, warna dan material yang digunakan pada koleksi. Tidak perlu lagi kita hendak sangkal pada harga bukan?

Seiring dengan umur 66 tahun, sudah tentu Kris tidak terlepas dengan hobi begini. Orang muda jangan pandang rendah. Ini kerana pinggan mangkuk juga mempunyai nilai seperti mengumpul beg tangan Hermes Birkin.

Foto – Poosh
BACA:  Cara Kris Jenner Jaga Muka, Patut Nampak Muda Walaupun Dah 65 Tahun

Biarpun, beliau ditempelak hebat oleh masyarakat kerana dianggap niat menunjuk-nunjuk tapi inilah gaya hidup seorang wanita dan ibu yang berjaya.

Salute! 

FILED UNDER koleksi pinggan mangkukkris jennersiapa kris jenner
Share6SendShare

Trending

  1. 1

    Tanghulu Buah Bersalut Gula, Manisan Kegemaran Orang Cina Yang Mudah Dibuat

  2. 2

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  3. 3

    Macam Mana Nak Goda Suami Di Ranjang, Biar Teruja Setiap Kali Bersama

  4. 4

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  5. 5

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.