Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Selain Retinol, Niacinamide Juga Bahan Berkuasa Untuk Kulit Cantik

by Indah Aziz
June 11, 2022
Foto - South China Morning Post

Foto - South China Morning Post

46
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Kini di media sosial berpusu-pusu orang berkongsi petua, kesan dan penggunaan retinol. Rata-rata dari mereka sudah mula sedar tentang kebaikan retinol yang sangat bagus untuk mengawal garis halus, kedutan dan saiz pori-pori kulit.

Namun anda masih lupa tentang bahan sangat baik untuk dipadankan dengan retinol. Kalau pakai retinol sahaja bukan tidak okay, tapi kurang memberangsangkan.

Pakar dermatologi berpendapatkan gabungan retinol dan niacinamide antara yang terbaik untuk menghasilkan kulit yang sihat dan berseri-seri.

Kenapa niacinamide?

Ia bahan yang berupaya meningkatkan penghasilan sel kulit yang sihat. Mengandungi vitamin B3 dan nicotinamide, bukan sahaja menghidratkan kulit malah mengecilkan pori-pori, mengurangkan kesan tona tidak sekata, garis halus dan tekstur kulit tampak lebih halus.

Senang kata, niacinamide sangat bagus untuk melembapkan wajah terutamanya mereka yang mengalami kulit kering dan sensitif.

Foto – self

Kelebihan guna niacinamide bersama retinol

Jangan pandang remeh, rupanya dua bahan ini merupakan merpati dua sejoli. Ini kerana niacinamide bertindak menenangkan kulit, manakala retinol memadamkan tanda-tanda penenuaan dengan efektif.

#1 Kandungan fatty acids dan ceramides dalam niacinamide boleh menggalakan retinol untuk memperbaiki permukaan kulit.

#2 Kombinasi dua bahan ini berkuasa menambah baik tona kulit yang tidak sekata dan mencerahkan kulit untuk kelihatan jauh lebih baik.

#3 Niacinamide juga merupakan pelindung iritasi yang dihasilkan oleh retinol.

Cara guna niacinamide dan retinol

Anda boleh guna dua bahan ini dari produk yang berasingan. Sebagai contoh, retinol sebagai serum dan diikuti niacinamide dari produk pelembab atau sebaliknya.

Terdapat banyak produk berasaskan retinol dan niacinamide dijual dipasaran. Anda boleh pilih mengikut kesesuaian kulit dan rutin harian.

Produk niacinamide DIVA cadangkan

#1 Aiken Prebiotic Hydra Moisturiser [RM29]

Foto – AEON Online

#2 Cetaphil Bright Healthy Radiance Night Comfort Cream [RM69.90]

Foto – Guardian Malaysia

#3 Ruruberry 10% Niacinamide + HA Hyaluronic Acid [RM39]

Foto – Natta Cosme

#4 Skintific 10% Niacinamide Brightening Serum [RM59]

Foto – IPPUNI

Semoga perkongsian ini dapat memberi satu rutin yang sihat untuk kulit anda. Selamat mencuba!

FILED UNDER kelebihan niacinamidemanfaat niacinamideniacinamide dan retinol
Share18SendShare

Trending

  1. 1

    Tanghulu Buah Bersalut Gula, Manisan Kegemaran Orang Cina Yang Mudah Dibuat

  2. 2

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  3. 3

    Macam Mana Nak Goda Suami Di Ranjang, Biar Teruja Setiap Kali Bersama

  4. 4

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  5. 5

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.