Semata-mata nak nampak cantik, ramai wanita rela lakukan apa sahaja asalkan rupa paras mereka sentiasa kelihatan cantik dan awet muda. Untuk capai kecantikan yang diidamkan, mereka rela lakukan apa sahaja rawatan dan prosedur kosmetik asalkan penampilan mereka diperbaiki.
Berdasarkan pemerhatian DIVA ketika ini, rawatan yang jadi popular dan diminta oleh ramai wanita adalah rawatan tanam benang.
Sebaik sahaja melakukan rawatan ini, hasilnya akan membuatkan rupa paras nampak lebih berbeza daripada dulu. Makin tegang, muda dan lebih segar.
Walaupun nampak macam ‘seram’ dan sakit apabila melihat rawatan ini dilakukan, ini antara perkara apa yang kamu perlu tahu tentang rawatan ini sebelum lakukannya;
Kenapa Nak Kena Tanam Benang Dalam Wajah?
Rawatan tanam benang (thread lift) adalah prosedur kosmetik yang menawarkan alternatif invasif yang minimum pada pembedahan facelift.
Dalam erti kata lain, rawatan tanam benang ini dilakukan untuk menegangkan kulit dengan memasukkan benang ke dalam wajah. Kemudian benang tersebut akan ditarik ke atas dan diketatkan untuk angkat wajah kamu.
- Foto – @amelinaamirsharipuddin (IG)
Tujuan rawatan ini adalah untuk hilangkan tanda-tanda penuaan di wajah seperti garis halus, kedutan dan wajah yang ‘kendur’. Benang yang ditanam itu akan menggalakkan pengeluaran kolagen, jadi sebab itulah selepas rawatan ini wajah akan nampak lebih segar dan muda.
IKLAN
Rawatan tanam benang ini kebiasaannya dilakukan berdasarkan keperluan dan kawasan sasaran seperti;
- Tanam benang wajah di garis rahang, garis kening, kawasan bawah mata, dahi dan pipi.
- Tanam benang hidung yang merangsang pembentukan kolagen serta mengubah bentuk, kedudukan dan sudut hidung.
Kenapa Ramai Wanita Suka Rawatan Ini?
Tanpa perlu melakukan pembedahan face lift, rawatan ini dikatakan lebih mudah dan cepat. Walaupun kesannya tidak kekal, tapi rangsangan kolagen yang terhasil sudah memadai untuk jadikan wajah lebih muda.
- Foto – Pinterest
Hasil rawatan ini bergantung pada keanjalan dan jenis kulit, bilangan dan kawasan sasarannya. Kesan wajah yang terangkat dan lebih toned boleh bertahan selama 18 bulan hingga 2 tahun.
Risiko untuk lakukan rawatan ini juga dikatakan lebih rendah dan selamat, jadi sebab itulah ia menjadi pilihan ramai wanita termasuklah selebriti.
Apa Risiko Yang Boleh Dihadapi?
Seperti DIVA beritahu tadi risikonya sangat rendah dan jarang sebabkan komplikasi. Walaupun begitu, jangan lupa bahawa ia boleh berikan kesan sampingan yang ringan dan tak teruk seperti rasa sensasi panad pada wajah, pedih, kemerahan dan bengkak.
- Foto – Pinterest
Dan kebiasaannya kesan sampingan ini akan hilang dalam masa beberapa hari sahaja. Tapi DIVA syorkan untuk kamu sentiasa berjaga-jaga dan perhatikan akan beberapa risiko yang boleh dihadapi;
- Jadi alahan dengan bahan benang seperti gatal-gatal hingga sesak nafas atau berlaku kejutan anaphylactic akibatnya.
- Muka jadi berdarah, sakit dan rasa ditarik di wajah
- Sakit kepala, demam dan bengkak lebih daripada 48 jam.
- Benang beralih hingga sebabkan kesan permukaan yang tidak rata.
- Jangkitan di kawasan penanaman benang.
Antara selebriti yang melakukan rawatan tanam benang ini adalah Amelina, Raja Ema, Ayu Ting Ting, Bella dan Gigi Hadid, Eva Mendes serta Gwyneth Paltrow.