Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

Buds Organics Bangga Raikan 18 Tahun Sebagai Jenama Malaysia Yang Unggul

by Lisa AG
June 8, 2022
Foto - Buds Organics

Foto - Buds Organics

10
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Siapa tahu jenama Buds Organics? Jenama yang cukup sinonim dengan penjagaan bayi dan ibu.

Nak tahu, diam tak diam, jenama tempatan terkemuka meraikan ulang tahunnya ke-18 tahun ini. Buds Organics kini dikenali di peringkat antarabangsa dengan kehadiran di 10 negara menerusi 67 pilihan produk keluarannya.

Adik-beradik dan Pengasas Bersama Buds Organics, Soo Siew Peng dan Soo Kian Kheng (KK) memulakan perniagaan ini pada tahun 2004 menerusi satu idea kecil. Dengan mewujudkan produk penjagaan kulit yang semulajadi, asli dan mesra alam.

Foto -Adik-beradik dan Pengasas Bersama Buds Organics, Soo Siew Peng dan Soo Kian Kheng

Buds Organics meningkatkan keupayaannya pada tahun 2008 dengan melancarkan rangkaian bebas bahan pengawet untuk bayi dan ibu yang dikenali sebagai Buds Cherished Organics. Ia turut menjadi rangkaian produk pertama Buds Organics yang menerima pensijilan ECOCERT.

“Kami ingin berkongsi kegembiraan dengan mewujudkan produk yang dapat meningkatkan kualiti kehidupan, daripada rangkaian produk rawatan dan penjagaan kulit sehingga bahan pembersih rumah.

IKLAN

“Sebagai satu perniagaan milik keluarga, kami berpegang dengan prinsip ini; apa sahaja yang kami tawarkan kepada dunia mestilah cukup baik kepada insan-insan tersayang kami dahulu.

“Saya dan abang berasa besar hati dan gembira kerana dapat meraikan ulang tahun ke-18 Buds Organics kerana kami berpeluang untuk menyaksikan ‘bayi’ dalam keluarga ini membesar.”

Foto – Buds Organics

Meraikan pencapaian, Buds Organics melancarkan satu produk serba baru, Buds Everyday Organics Hair Volume Booster, untuk menambah volum dan ketebalan rambut bayi.

Penggemar produk Buds Organics boleh menikmati tawaran menarik diskaun 18% selama 18 hari, dari 3 sehingga 20 Jun 2022. Klik laman web rasmi (www.budsorganics.co), Shopee Mall, dan Lazmall.

Tags: buds organicsjenama bayiJenama Malaysia
Share4SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Buds Organics Bangga Raikan 18 Tahun Sebagai Jenama Malaysia Yang Unggul

  3. 3

    Ini Mungkin Salon Pertama Yang Menawarkan Khidmat Jururias ‘Lelaki Sado’

  4. 4

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  5. 5

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.