Hmm… Kalau baju warna mint green kena padankan dengan warna tudung apa ye?
Ada sesetengah orang suka padankan warna tudung, pakaian hingga aksesori dengan warna yang seakan-akan sama atau lebih kurang. Dan ada juga yang suka gunakan warna gelap sebagai padanan untuk ‘play safe’ supaya tidak color blocking.
Tapi sebenarnya kamu boleh mix and match warna pakaian kamu dengan pelbagai warna yang lain dan berbeza untuk kelihatan berbeza dalam fesyen harian kamu.
Jadi dalam entri kali ini, DIVA nak kongsikan warna tudung apa yang sesuai dipadukan dengan pakaian berona mint green. Lihat di bawah;
Beige
- Foto – Pinterest
Jika tak berani nak mainkan warna yang terang atau lain daripada yang lain, DIVA sarankan kamu untuk guna warna beige. Bukan sahaja nampak lembut tapi warna ini selamat untuk kamu yang tak mahu ambil risiko.
IKLAN
Soft Pink
- Foto – Pinterest
Nak nampak lebih ‘hidup’ dengan warna lain, cuba kamu gayakan tudung berwarna soft pink. Walaupun ia berwarna lembut dan feminin, warna ini juga boleh buatkan penampilan kamu lebih bersahaja.
Navy Blue
- Foto – Pinterest
Kalau kamu seorang yang tak boleh tinggalkan warna gelap, DIVA syorkan untuk kamu gunakan warna navy blue atau biru gelap. Warna ini secara tidak langsung boleh berikan statement look pada kamu.
Light Grey
- Foto – Pinterest
Sesuai dengan mint green, kamu boleh padankan warna light grey atau kelabu lembut kerana ia memiliki shade warna yang seakan-akan sama.
Broken White
- Foto – Pinterest
Broken white atau warna putih dengan sedikit hint warna merah jambu juga boleh dipadukan dengan warna mint green. Warnya yang ringan dan warm ini tidak akan menampakkan fesyen kamu sarat serta pelik.
Barulah chic dan tak nampak boring!