Sejak kebelakangan ini, Vitamin C sering menjadi topik perbualan orang ramai. Bahan trend yang popular ini terkenal dengan pelbagai manfaat kesihatan dan salah satunya adalah meningkatkan imuniti.
Bukan itu sahaja, Vitamin C juga kerap digunakan dalam industri penjagaan kulit seperti jenama kecantikan Korea iaitu Laneige. Menggunakan bahan popular ini, Laneige memperkenalkan produk pertamanya iaitu Radian-C Cream.
Radian-C Cream: Gabungan Bahan Berkuasa
Radian-C Cream adalah krim yang menggabungkan bahan antioksidan dan mengandungi bahan eksklusif AmorePacific, Malsolv™ yang mencerahkan kulit yang kusam.
- Foto – Laneige
Menggunakan Vitamin C sebagai bahan utama, krim ini boleh membantu mengurangkan kekusaman dan meningkatkan kejelasan semula jadinya dari semasa ke semasa. Peningkatan ini boleh dilihat sebanyak 0.5% dalam masa 3 hari dan 1.141% dalam masa 10 hari.
Bukan hanya mencerahkan malah krim ini menghidratkan kulit dengan lebih dalam dengan kelembapan yang meningkat sebanyak 79% selepas digunakan. Manakala skin barrier pula bertambah baik sebanyak 67% dalam masa sejam.
2 Produk Jadi Sambungan Rangkaian Radian-C
Disebabkan krim tersebut menjadi pilihan orang ramai, Laneige mengambil peluang ini untuk memperkenalkan lagi dua produk yang menjadi sambungan kepada rangkaian ini, iaitu;
#1 Radian-C Advanced Effector
Dirumus dengan bahan 3x Campuran Vitamin, Ekstrak Beri Super dan Taurine, Radian-C Advanced Effector ini memberi manfaat seperti:
IKLAN
- Foto – Laneige
- Vitamin C membersihkan kulit dengan kesan antioksidan baik iaitu 15x lebih kuat berbanding ekstrak propolis.
- Vitamin EAE menjaga cela yang menampilkan manfaat antioksidan dan pencerahan yang kuat.
- Niacinamide berupaya untuk menghalang pengeluaran melanin dan meningkatkan warna kulit yang lebih kuat.
- Ekstrak Beri Super meningkatkan kesan antioksidan hampir 4x lebih tinggi berbanding penggunaan Vitamin C sahaja.
- Taurine membantu mempercepatkan penggantian sel kulit dan tingkatkan imuniti penghalang kulit.
#2 Radian-C Sun Cream
Sun cream daripada Laneige ini dirumus dengan bahan pencerah eksklusif AmorePacific, Melasolv™, derivatif vitamin EAE dan bahan penapisan sinar UV untuk menyekat pigmentasi disebabkan oleh UV dan kerengsaan habuk.
- Foto – Laneige
Jika anda memiliki kulit sensitif, sun cream ini boleh diguna pakai kerana ia dirumus dengan Formula Ringan 7 Percuma yang menguatkan skin barrier serta baiki asas kulit secara sihat.
Tips Capai Kulit Idaman Dengan 3 Langkah Mudah
- Untuk waktu pagi, lap muka perlahan-lahan menggunakan Radian-C Advanced Effector pada kapas. Bagi waktu malam pula, rendamkan kapas, sapu di wajah dan dab untuk pastikan ia masuk ke dalam kulit.
- Kemudian sapu Radian-C Cream di kawasan wajah dan leher. Pastikan dab perlahan untuk penyerapan produk yang lebih baik.
- Akhir sekali sapukan Radian-C Sun Cream pada wajah, leher dan belakang telinga untuk lindungi daripada sinaran UV.
- Foto – Laneige x Wunderbath
LANEIGE X WUNDERBATH (10-12 Jun 2022)
Pembeli yang beli sebanyak RM400 ke atas (harga biasa) termasuk mana-mana produk Radian-c akan layak mendapat set Mandian Wunderbath X Laneige percuma bernilai RM82.
Bagi pelanggan Wunderbath pula akan layak mendapat baucar Laneige RM10 dengan pembelian dalam talian [Wunderbath] atau di kedai.