Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Model Guna Yogurt Hilangkan Tompok Hitam, Berkesan Ke?

by Indah Aziz
June 5, 2022
Foto - TikTok / Lori Harvey

Foto - TikTok / Lori Harvey

32
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Siapa tak suka makan yogurt bukan? Berkhasiat, bagus untuk penghadaman, tulang, gigi serta pelengkap sumber protein untuk mereka yang berdiet.

Namun lain pula cerita yogurt bila dibuat sebagai bahan kecantikan, dioles pada wajah dan biar seketika sebagai masker.

Model dan anak angkat kepada Steve Harvey iaitu Lori Harvey rajin berkongsi tips dan rutin kecantikannya di lama TikTok.

@loriharvey

Thank me later! 🤣🤞🏾 #skincare #facemask #nighttimeroutine

♬ original sound – loriharvey

Video masker yogurt Lori telah menerima 3.1 juta tontonan ternyata ramai yang bersetuju dengan tips Lori. Rata-rata komen di video menyukai yogurt dan sudah mengetahui manfaat yogurt pada kulit.

Tidak susah pun dan tak perlu beli produk mahal, Lori hanya guna Greek yogurt atau plain yogurt sebagai masker malam setelah selesai membersihkan wajah. Hasilnya, pigmentasi pada kulit kelihatan pudar dan kulit lebih lembut.

IKLAN

Walaubagaimanapun, rutin menggunakan yogurt begini akan mengambil masa yang lama. Ini kerana kandungan lactic acid pada yogurt agak rendah, sekadar 1 peratus!

Foto – Oui

Jadi untuk mengatasi hiperpigmentasi atau tompok hitam anda memerlukan produk yang lebih kuat dan berkesan. Jangan ingat hiperpigmentasi hanya pada permukaan kulit, tapi ia jauh kedalam kulit.

Kalau anda tak nak membazir makanan atau risau menggunakan produk makanan pada kulit. Alternatif yang lain ialah guna produk dengan kandungan lactic acid atau lebih dikenali alpha hydroxy acid (AHA).

Bukan setakat hilangkan tompok hitam pigmentasi tapi ia boleh mengurangkan jerawat sekaligus mencerahkan dan memberi tekstur kulit yang lebih sihat.

Anda boleh jumpa banyak AHA dalam produk kecantikan samada pembersih wajah, serum, skrub dan pelembap.

Ini yang DIVA cadang untuk anda guna dari yogurt!

#1 The Ordinary Lactic Acid 10% [BELI]

Foto – The Beauty & Lifestyle Hunter

#2 Fenty Skin Pre-Show Glow Instant Retexturizing 10% AHA Treatment [BELI]

Foto – The Italian Reve

#3 Ruruberry 10% Lactic Acid [BELI]

Foto – Lazada

Pada pendapat DIVA lebih baik guna produk yang tepat dari membazir guna makanan atau menurut anda bagaimana?

Tags: kelebihan yogurt pada mukamasker yogurtyogurt untuk cantik
Share13SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Model Guna Yogurt Hilangkan Tompok Hitam, Berkesan Ke?

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.