Tinggal lebih kurang dua minggu sahaja lagi sebelum kita menyambut Hari Bapa. Jatuh pada tanggal 18 Jun 2022, pasti ramai yang mula kelam kabut fikirkan hadiah apa yang sesuai untuk bapa kan?
Sekiranya kamu tiada idea apa yang perlu kamu beli atau hadiah apa yang patut diberikan pada bapa, DIVA syorkan untuk kamu dapatkan sepasang jam tangan.
Untuk jam tangan eksklusif dan beri makna pada bapa kamu, DIVA syorkan untuk kamu dapatkan jam tangan Franck Muller. Nak lebih eksklusif, belikan koleksi Grand Central Tourbillion CX36.
IKLAN
Grand Central Tourbillion CX36
Koleksi ini merupakan rekaan terbaru Franck Muller pada peranti klasik ini. Ia meletakkan tourbillion di tengah sarung Cintrée Curvex CX yang berbenruk tonneau yang baru dikemas kini.
- Foto – Franck Muller
Franck Muller Grand Central Tourbillion CX36 dilengkapi dengan pemutar kendiri FMCX36T-CTR, dikuasakan oleh pemutar emas eksentrik emas berus sinar matahari. Ia menyediakan kuasa simpanan selama 4 hari dan turbillion berjalan pada kelajuan 18000 vph.
Untuk dapatkan koleksi ini, Grand Central Tourbillon Cintrée Curvex CX 36 didatangi dalam 8 model yang terdiri daripada 3 model set berlian dan 5 model versi bukan permata;
- Foto – Franck Muller
- White gold with blue cage: RM572,000
- Black carbon: RM539,000
- Foto – Franck Muller
- Rose gold with black dial: RM553,400
- Rose gold with full-paved dial: RM804,500
Untuk maklumat lanjut, layari laman web [Franck Muller]. Selamat Hari Bapa in advance!