Sleeping mask dan overnight mask adalah perkara yang sama tau!
DIVA tahu ramai yang tak gemar nak pakai sleeping mask dalam rutin penjagaan wajah mereka. Bukan apa ada yang rasakan ia boleh kotorkan bantal serta cadar katil. Sebenarnya tak pun, kerana sleeping mask menyerap masuk ke dalam kulit dengan cepat!
Sleeping mask ini selalunya akan digunakan pada langkah terakhir rutin penjagaan wajah pada waktu malam. Tujuannya kita pakainya akhir sekali kerana ia boleh kunci manfaat semua rutin yang kamu lakukan sebelum itu.
Jadi sebab itu bila bangun tidur kamu akan rasa wajah sangat lembap dan makin berseri. Dengan pelbagai jenis sleeping mask di pasaran, DIVA kumpulkan beberapa jenama yang terbaik dan yang dapat berikan hasil yang menakjubkan pada wajah kamu!
Some By Mi Yuja Niacin 30 Days Miracle Brightening Sleeping Mask [RM92.60]
- Foto – Hermo
Ada niacinamide dan 10 jenis vitamin yang boleh bantu meremajakan, menegangkan dan kurangkan garis halus serta kedutan. Formulasinya yang ringan ini berikan rasa yang lebih segar dan baunya yang harum pula boleh bantu kamu tidur dengan nyenyak.
IKLAN
Innisfree Green Tea Sleeping Mask [RM64]
- Foto – Zalora
Mempunyai formula pH rendah yang terselit dengan enzim yang dihasilkan daripada teh hijau, sleeping mask ini boleh baiki semula skin barrier yang rosak serta jadikan kulit makin anjal dan sihat.
Glow Recipe Watermelon Glow Sleeping Mask [RM105]
- Foto – Sephora
Selain diekstrak daripada buah tembikai, sleeping mask ini juga mempunyai hyaluronic acid dan alpha hydroxy acid yang berfungsi untuk menenangkan serta menghidratkan kulit.
La Mer The Intensive Revitalizing Mask [RM175]
- Foto – La Mer
Dalam amaun yang banyak atau sesuai ikut keperluan, sapukan di seluruh wajah dan biarkan selama 8 minit. Untuk lebihan bakinya di atas wajah, urut sleeping mask tersebut ke seluruh wajah untuk biarkan ia menyerap dengan lebih mendalam.
Mula gunakan sleeping mask untuk kulit yang lebih lembap, sihat dan berseri!