Supermodel Liu Wen secara rasminya dilantik menjadi duta jenama Asia Pasifik Bulgari Parfums yang baru. Jenama wangian mewah ini mendedahkan perjalanan kerjaya dan personaliti supermodel ini memberi inspirasi pada wanita bandar yang bebas.
Selaras dengan visi Bulgari Parfums, Liu Wen mendedahkan dia tak pernah teragak-agak dan berasa takut dengan impiannya untuk mengubah kehidupan biasa menjadi sesuatu lebih fenomenal dan menakjubkan.
Mahu menjadikan setiap pengalaman lebih berharga dan istimewa, Bulgari Parfums memperkenalkan wangian bunga-bungaan yang segar; Rose Goldea Blossom Delight.
Wangian Mengingatkan Musim Bunga Segar & Ceria
Menerusi rangkaian Rose Goldea Blossom Delight, wangian ini boleh didapati dalam bentuk Eau De Toilette (EDT) atau Eau De Parfum (EDP).
Rose Goldea Blossom Delight EDT
- Foto – Bulgari Parfums
Untuk EDT, wangian ini dimulakan dengan bau bunga putih lily dan buah sitrus yang mewakili rasa optimis dalam permulaan hidup yang baru. Kemudian diikuti pula dengan aroma bunga mawar dan peonies yang elegan mewakili simbol bunga dalam musim bunga. Wangian EDT ini ditutupi dengan aroma kasturi dan kayu cedar yang memberikan sentuhan semula jadi yang berahi dan selesa.
IKLAN
Harga: 50ML (RM405) | 75ML (RM487)
Rose Goldea Blossom Delight EDP
Wangian EDP pula dibuka dengan aroma bunga ros yang segar. Ditambah pula dengan aroma buah betik hijau yang segar dan daun violet, wangian ini menawarkan gabungan yang bawa kegembiraan.
- Foto – Bulgari Parfums
Kemudian terserlah pula aroma elegan kelopak bunga rosa dan lily yang seolah-olah membawa suara dan hasrat wanita di kawasan bandar. Sebagai penutupnya pula, wangian ini menggabungkan aroma ros, kasturi putih serta ambergris yang gambarkan kekuatan dan kelembutan wanita.
Harga: 50ML (RM450) | 75ML (RM537)
Wangian Rose Goldea Blossom Delight boleh didapati secara dalam [talian] atau di butik-butik Bulgari. Happy shopping!