Bila scroll sahaja media sosial terutamanya Instagram, ramai orang termasuklah selebriti mula ikuti trend ini. Trend phone straps atau tali telefon yang pernah popular tahun 2000 dulu sudah pun kembali semula.
Tali telefon yang kembali popular ini dihiasi dengan manik, batu-batuan dan charms dalam pelbagai warna serta bentuk. DIVA perhatikan tali telefon yang jadi pilihan ramai ketika ini adalah bentuk hati!
Berdasarkan pemerhatian dan kemahiran ‘stalking‘ DIVA, trend tali teelfon ini sering dilihat di selfie Instagram selebriti seperti ahli BLACKPINK, Kendall Jenner, Dua Lipa dan ramai lagi.
Walaupun nampak simple, tetapi tali telefon ini boleh jadi faktor untuk pelengkap gaya kamu! Jom beli di sini;
Casetify
Pilih sama ada tali, tali logam atau pun snake chain untuk hiasi telefon pintar kamu!
String Ting
Pelbagai jenis tali telefon boleh dipilih, sama ada hiasinya dengan manik pelbagai warna seperti pelangi, kaca atau resin.
Hang On Bling
Bertali pendek atau panjang, semuanya terpulang pada keselesaan kamu.
Kalau sudah ada tali telefon, jangan lupa untuk kongsikan dengan DIVA pula ye!