DIVA yakin pasti ramai yang tahu dan gunakan glycolic acid atau salicylic acid dalam rutin penjagaan wajah mereka. Tapi ada satu lagi bahan yang boleh dikatakan ‘super’ dan lebih berkesan; kojic acid.
Diperoleh secara semula jadi daripada cendawan, kojic acid ini boleh dikatakan ‘best friend’ pada individu yang mempunyai masalah hiperpigmentasi, perubahan warna kulit dan paling penting jeragat!
Dalam rutin penjagaan wajah, kamu boleh gunakan kojic acid secara sendirian atau padukan bersama produk pencerahan yang lain juga tau.
3 Sebab Kenapa Kojic Acid Pilihan Ahli Dermatologi!
Berbeza daripada asid yang lain seperti mengelupaskan kulit dan sebagainya, kojic acid berfungsi untuk menghalang daripada pigementasi berlaku
Dan disebabkan fungsi kojic acid, DIVA kumpulkan tiga sebab lain lagi yang membuatkan bahan kojic acid ini menjadi kegemaran dan pilihan ahli dermatologi;
IKLAN
- Foto – Pinterest
- Penghasilan melanin dapat dikurangkan apabila kojic acid menyekat pengaktifan UV tyrosinase yang boleh mengakibatkan penghasilan jeragat dan bintik hitam akibat sinaran matahari, parut jerawat dan melasma.
- Bertindak sebagai ejen antioksidan iaitu menangkis radikal bebas yang boleh rosakkan kulit akibat sinaran UV dan pencemaran.
- Mempunyai ciri-ciri anti-radang dan anti-virus untuk menjaga keadaan kulit dalam jangka masa panjang.
Untuk produk penjagaan wajah yang mempunyai bahan kojic acid, DIVA syorkan kamu dapatkan beberapa produk berikut:
NATURIUM Tranexamic Topical Acid 5% [RM182]
- Foto – Zalora
Peter Thomas Roth PRO Strength Niacinamide Discoloration Treatment [RM386.50]
- Foto – Sephora
Tips Guna Kojic acid:
Bagi kulit yang sensitif, elak daripada menggunakan kojic acid setiap hari. Tetapi guna sekurang-kurangnya sekali hingga dua kali seminggu.