Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

Libresse #KnowYourV : Terokai Rahim Dengan Lebih Mendalam

by Lisa AG
June 2, 2022
Foto - Women Health

Foto - Women Health

14
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Berapa ramai yang bersedia untuk bicara tentang kesihatan rahim? Disebabkan itu, Libresse mahu wanita tampil dan membuang rasa malu menerusi kempen ini!

Kamu berpeluang menerokai pengembaraan unik secara terbuka melalui kempen Libresse Wonders of the Womb. Kempen ini menawarkan pengalaman interaktif unik menerusi laman mikro kempen Wonders of the Womb Libresse di libressemy.com/wow/.

Foto – Libresse

Kempen ini membuka peluang kepada wanita untuk menyelami sistem reproduktif mereka dan mengetahui lebih banyak tentang hal kewanitaan. Bahkan untuk meningkatkan kesedaran dan menormalisasikan perbincangan tentang Zon-V dan kesihatan haid wanita.

Tahukah kamu, rahim yang merupakan organ unik sebenarnya lebih kuat daripada yang disangkakan oleh kebanyakan wanita. Ia adalah otot yang paling kuat dalam badan seseorang wanita dan mampu mengembang sehingga 1,000 kali daripada saiz asalnya bagi menyokong perkembangan janin, dan akan kembali ke saiz asal selepas melahirkan anak. Inilah yang berlaku setiap kali seseorang wanita mengandung.

Foto – Libresse

Menurut Dr Patricia Lim Su-Lyn, Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi;

“Pengetahuan dan pemerkasaan tentang Zon-V perlu datang seiring. Ramai wanita muda mempunyai pelbagai persoalan tetapi takut hendak bertanya, akibatnya ramai yang tidak tahu cara menjaga Zon-V mereka dengan lebih baik. Malah mereka juga tidak mengenali tanda-tanda yang menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dan tidak mendapatkan nasihat doktor.

IKLAN

“Daripada akil baligh dengan permulaan haid sehinggalah perkara-perkara penting yang berkaitan kewanitaan seperti kesuburan, kehamilan, dan menopaus, wanita sebenarnya memerlukan penjagaan kesihatan reproduktif jangka panjang dan lebih kerap berbanding lelaki.

“Maka, memperkasakan mereka dengan pengetahuan dalam menjaga dan melindungi Zon-V serta mengekalkan kesihatan adalah sangat penting.”

@libressemalaysia

The physical changes and strong emotions you’re going through during puberty are normal. While overwhelming, they are ultimately what makes you, YOU ❤️#LibresseMY #KnowYourV #TurningRed

♬ original sound – Brenden Perez

Jadi, jangan malu dan ambil langkah pertama dengan memanfaatkan interaktif Libresse® Wonders of the Womb: A Virtual Discovery di libressemy.com/wow/ sekarang!

Tags: kempen know your vlibressevagina
Share6SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Libresse #KnowYourV : Terokai Rahim Dengan Lebih Mendalam

  3. 3

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  4. 4

    Ini Mungkin Salon Pertama Yang Menawarkan Khidmat Jururias ‘Lelaki Sado’

  5. 5

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.