Kopi bukan sahaja membangkitkan pagi anda tapi ia juga boleh digunakan sebagai kaedah kecantikan kulit secara semulajadi.
Bila minum, ia boleh mencergaskan hari anda dan bila ia lumur pada kulit, kopi boleh meningkatkan keserian pada kulit wajah serta juga badan.
Kopi mempunyai kandungan antioksida yang berupaya menggalakkan pertumbuhan semula sel kulit, mengembalikan kecerahan dan paling best bila ia selamat digunakan kerana kopi adalah bahan semulajadi.
#1 Frank Body Original Coffee Scrub [BELI]
Skrub untuk badan dimana 100% dari serbuk kopi semulajadi. Ditambah dengan tekstur berkrim untuk memberi kelembapan pada kulit. Sesuai untuk anda yang ingin mengurangkan kesan strechmarks, parut luka atau kesan kulit tidak sekata.
#2 Drunk Elephant Sugared Koffie™ Almond Milk Body Scrub [BELI]
Skrub kopi kali ini diadun bersama gula perang untuk memberi kepuasan menyingkirkan kulit mati dengan sekali sapuan. Ia juga kaya dengan ejen pelembab seperti susu kacang badam, buah Markisa dan minyak Marula. Gunakan pada kawasan kulit yang kering seperti di leher, celah peha dan tumit kaki anda.
#3 Pop Neutral Cafe Latte Shower Scrub [BELI]
Nak skrub setiap hari? Anda boleh guna skrub dari jenama tempatan Pop Neutral Cafe Latte yang diformulasi ringan dari serbuk kopi, biji badam dan kulit walnut. Ia bukan sahaja dapat membuang daki pada kulit, bahkan menyingkirkan segala kotoran terperangkap dalam pori-pori kulit.
#4 Tanamera Tropical Coffee Scrub [BELI]
Bagi anda yang nak mengelak dari garis kedutan awal pada tangan dan kaki, boleh cuba skrub kopi Tanamera yang kaya dengan antioksida. Setiap kali lepas melulur, kulit terasa lebih anjal, lembut dan segar.
IKLAN
#5 Sukin Energising Body Scrub Coffee & Coconut [BELI]
Bukan sahaja mencantikkan kulit tapi mengembalikan tekstur kulit yang sihat! Sumber serbuk biji kopi dan tempurung kelapa digunakan sebagai bahan aktif pengelupasan. Malah menjaga kelembapan kulit dari Vitamin E, minyak jojoba dan bijan untuk mengekalkan kelembutan kulit.
#6 St. Ives Energizing Coconut Coffee Scrub [BELI]
Bonus! Ini pula produk skrub kopi yang sesuai untuk diguna pada kulit wajah. Ia meninggalkan kesan kulit yang bersih dan lembut. Namun, hati-hati untuk kulit muka DIVA nasihatkan cukup sekadar 1 atau 2 kali penggunaan sahaja.
Cara yang terbaik untuk amalkan 2 – 3 kali seminggu bagi sesi penggelupasan kulit mati dan supaya sel mempunyai masa yang terbaik untuk pertumbuhan semula tisu.
Hasilnya kulit bertambah lembut, cerah dan melindungi kulit dari kesan-kesan penenuaan.
Tak tahu nak pilih skrub kopi yang mana? Anda boleh cuba dari enam pilihan diatas.
Selamat mencuba!