Solekan orang Korea terkenal dengan konsep minimal dan semulajadi. Mereka ingin kelihatan tanpa mekap biarpun sebenarnya memakai bb cushion sangat tebal.
Jadi mereka mempunyai teknik tersendiri tanpa memerlukan produk yang banyak seperti solekan gaya Hollywood. Kalau orang biasa suka memakai bulu mata palsu yang lebat, orang Korea lebih gemar memasang bulu mata palsu secara satu persatu.
Akan tetapi, mereka kini sudah meninggalkan bulu mata palsu dalam rutin solekan.
Dari perkongsian jurusolek asal Korea Selatan, Park Sang. Dia menjelaskan dalam video tutorial teknik baru ini memberi ilusi bulu mata lebih tebal umpama memasang eyelash extension.
Jika anda ingin cuba tiru, ini yang perlu anda lakukan:
1. Pastikan anda mempunyai berus nipis atau flat brush.
IKLAN
2. Sediakan liquid eyeliner atau anda juga boleh guna jenis powder.
3. Pastikan garis mata anda kering, tidak kotor dan mata anda bukan jenis sensitif.
4. Calit produk secara perlahan-lahan dan biar ia kering sepenuhnya sebelum anda memakai maskara
5. Anda juga boleh menarik produk hingga hujung mata untuk kesan dramatik seperti eye-cat liner.
Jika anda ingin lihat lebih banyak lagi solekan inspirasi orang Korea, boleh ikuti laman Instagram Park Sang iaitu makeup_maker_.
Selamat mencuba!