Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

Bosan Kerja Dari Rumah? Ini Lokasi ‘Coworking Spaces’ Menarik Di KL

by Indah Aziz
June 4, 2022
Foto - WeWork

Foto - WeWork

157
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Istilah kerja dari rumah atau working from home (WFH) bukan sesuatu yang asing lagi setelah negara di landa pandemik. Malah lebih banyak syarikat membuka peluang bekerja dari rumah untuk pekerja mereka atau secara bergiliran.

Ini memberi kelapangan pada pekerja bukan sahaja dari segi masa, kewangan malah aras kreativiti. Iyalah, bila berada di tempat yang kita selesa bila bekerja, muncul idea-idea yang bernas.

Namun kita tidak dapat nafikan, wujud rasa bosan bila berada di ruang yang sama. Jadi DIVA sudah siapkan beberapa lokasi ruang kerja yang boleh anda sewakan atau guna secara sendirian mahupun berkumpulan.

#1 Co-labs Coworking Naza Tower KL

Ruang kerja yang sangat versatil dan lokasi yang sangat dekat dengan stesen LRT (15 minit) serta KLCC (5 minit). Ia mempunyai banyak kemudahan lain seperti nap pods, bilik mandi, pusat gim dan paling penting lokasi yang memberi pandangan landskap kota raya Kuala Lumpur.

Foto – Atap.co

Alamat: Platinum Park, Level 23A – 25 Naza Tower 10, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur
No. Telefon: 03-2300 9256

#2 Unispace – KL Sentral 

Rata-rata ulasan di Google cukup berpuas hati dengan khidmat ruang kerja dari Unispace ini. Ia murah, bersih dan dibuka sehingga 24 jam. Jadi buat anda yang suka bekerja dari malam. Boleh tempah Unispace yang terletak ditengah-tengah kesibukan KL Sentral.

Foto – coworking.spaces.rentals

Alamat: Q Sentral, Floor 21, Units 08 & 09, Kuala Lumpur Sentral
No. Telefon: 011-5165 5758

#3 WeWork Mercu 2

Ruang kerja yang luas, selesa dan mempunyai konsep dalaman serba moden. Menariknya, ia dilengkapi ruang rehat dan minuman panas seperti kopi dan teh. Bagi orang Muslim jangan risau, WeWork menyediakan surau dan kelengkapan pantry berasingan.

Foto – WeWork

Alamat: No. 3, Jalan Bangsar, Kampung Haji Abdullah Hukum, 59200 Kuala Lumpur
No. Telefon: 03-7890 3679

#4 PAPER + TOAST X Seedspace 

Lokasi sangat strategik berhampiran dengan kemudahan pengangkutan awam dan kedai makan. Malah, ruang kerja ini juga menyediakan surau untuk pelanggan Muslim. Anda boleh sewa dari bilik mesyuarat, bilik kerja individu atau pejabat persendirian semua ada.

Foto – Coworker.com

Alamat: Level 6-01, Farenheit88 Office Tower No. 179, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
No. Telefon: 03-8408 2010

#5 Colony – Eco City

Pilihan ruang kerja Colony – Eco City ini cukup cantik dan mesra pengguna. Konsep ruang terbuka dan privasi boleh dipilih dari pelbagai bilik yang disediakan. Kalau ada yang buat majlis, anda boleh tempah di Colony – Eco City!

Foto – Colony Coworking Space

Alamat: Levels 15-20, Boutique Office 1(B01-D), Menara 2, No. 3 Jalan Bangsar, Kampung Haji Abdullah Hukum, Kuala Lumpur
No. Telefon: 018-213 8086

Bagi anda yang baru mula syarikat sendiri atau bisnes, DIVA sangat cadangkan anda guna coworking space diatas. Lebih jimat, efisien dan sangat selesa untuk pasukan anda.

Selamat bekerja semua!

FILED UNDER coworking spaces klcoworking spaces malaysiasewa ruang kerja
Share63SendShare

Trending

  1. 1

    Tanghulu Buah Bersalut Gula, Manisan Kegemaran Orang Cina Yang Mudah Dibuat

  2. 2

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  3. 3

    Macam Mana Nak Goda Suami Di Ranjang, Biar Teruja Setiap Kali Bersama

  4. 4

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  5. 5

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.