Tak ada seorang wanita pun yang tak berusaha keras untuk kelihatan cantik dan sihat. Tak kiralah seberapa mahal rawatan atau rutin penjagaan wajah, ada yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuknya.
Selain daripada selebriti, Duchess of Cambridge iaitu Kate Middleton merupakan antara wanita yang sering menjadi perhatian kerana kecantikannya yang luar biasa.
Walaupun ramai yang ingin tahu dan selidik tentang rahsia kecantikannya, Kate mengejutkan orang ramai dengan rahsianya iaitu racun lebah!
Rahsia Penjagaan Wajah Yang ‘Unik’?
Siapa sangka dalam diam isteri kepada Putera William ini merupakan peminat tegar rawatan wajah yang menggunakan racun lebah. Bagi orang biasa, ia mungkin menakutkan kerana serangga ini terkenal dengan sifat menyengatnya tetapi bukan pada Kate.
- Foto – Science
Menurut sumber, Kate perlu membayar sekitar RM1500 untuk setiap sesi rawatan wajah menggunakan racun lebah.
IKLAN
Memang mengerikan bila nak guna racun lebah pada wajah tetapi rawatan ini sangat berkesan dan tidak berikan kesan sampingan. Ekstrak racun yang dibuat khas ini boleh menghilangkan garis halus, menenangkan kulit, meningkatkan kolagen dan juga pudarkan parut.
Rawatan racun lebah dikatakan mempunyai kesan yang sama seperti Botox kerana ia bersifat anaphylactic iaitu melegakan dan membuat otot wajah lebih relax.
- Foto – Pinterest
Selain daripada itu kajian juga menunjukkan racun lebah secara aktifnya boleh mengurangkan dan menghilangkan jumlah kedutan pada wajah. Bukan itu sahaja, penggunaan racun lebah juga dapat meningkatkan kecerahan wajah dan menganjalkan kulit dengan segera.
Psst… Selain daripada Kate, Gwyneth Paltrow dan Victoria Beckham pun gunakan rawatan racun lebah yang sama untuk kekal awet muda tau!