Dah streaming Stranger Things 4?
Meraikan Stranger Things 4, Netflix membawa pengalaman #BalikKeTerbalik di tengah-tengah Kuala Lumpur, di mana kuasa gelap Upside Down mengambil alih Menara KL dan Kwai Chai Hong.
- Foto – Netflix
Menara KL membawakan Upside Down dengan tayangan projection dari Season 3 dan 4. Selain projection, terdapat juga peluang bergambar di halaman Menara KL. Di kaki Menara, papan tanda Stranger Things 4 menyambut peminat dengan lampu neon yang terang sebelum mereka melepasi menara ke rekreasi Creel House yang misteri, lengkap dengan plot siri itu.
IKLAN
- Foto – Netflix
Pemasangan Mural Kwai Chai Hong
Di Kwai Chai Hong pula, kuasa Upside Down merebak dengan pemasangan mural. Dicipta oleh artis kelahiran Melaka, Amir Andhar atau dikenali sebagai @andha.ras, mural dibahagikan kepada ‘bilik’ berbeza yang diilhamkan oleh detik penting dari musim lalu.
- Foto – Netflix
Perjalanan diteruskan melalui lorong warisan Kwai Chai Hong, di mana pencahayaan biasa kawasan itu digantikan dengan lampu Krismas ikonik Byers, dan banyak lagi menanti kamu semua.
- Foto – Netflix
- Foto – Netflix
Lihat mural Stranger Things yang mengagumkan di Kwai Chai Hong sekarang hingga 12 Jun antara 9 pagi dan 12 pagi setiap hari.