Maaf kalau tajuk artikel kali ini telah jadi spoiler bagi anda yang belum menonton filem terbaru Doctor Strange in the Multivese of Madness!
Terkejut dan teruja bila melihat Charlize Theron muncul di babak akhir filem Dr. Strange yang terbaru kali ini. Lantas penulis terbayang aksi-aksi beliau dalam filem hits sebelumnya.
Charlize Theron antara aktress Hollywood yang terkemuka dan karyanya sentiasa ditunggu-tunggu oleh peminat. Pada mulanya agak kaget bila memikirkan Charlize Theron bakal menjadi superhero tapi kebanyakan filem beliau sendiri banyak bermain fizikal, mimik muka dan mental berbanding skrip.
Berasal dari Afrika Selatan, kecantikan yang tiada tandingan dan kekal relevan hingga kini. Buat anda yang belum kenal aktress berusia 46 tahun, penulis sediakan 5 filem terbaik Charlize Theron untuk anda jatuh hati.
#1 Mad Max: Fury Road (2015)
Diberi watak sebagai Imperator Furiosa cukup padan dengan beliau. Kisah pengembaraan dunia tandus ini cukup meresahkan penonton. Terutamanya aksi kejar-mengejar dan perbalahan. Walaupun hanya supporting role, penglibatan Charlize dalam filem ini beri impak besar.
#2 Monster (2003)
Beliau buktikan kecantikan bukan tiket mudah untuk menjadi seorang aktress. Dalam filem Monsters, Charlize berubah wajah sebagai pembunuh bersiri Aileen Wuornos yang kejam dan mempunyai masalah mental. Watak ini telah memberi hadiah sulung buat beliau sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Oscar 2004.
IKLAN
#3 Tully (2018)
Jangan ingat rupa sahaja Chalize boleh tukar, rupanya beliau tekad menambah berat badan sehingga 20 kilogram bagi menjayakan watak seorang ibu yang mengalami depresi. Filem Tully dilabel sebagai komedi tapi sebenarnya ia menyelami emosi seorang ibu yang terbeban dengan tanggungjawab yang dilepaskan oleh pasangan.
#4 The Old Guard (2020)
Kalau anda suka filem aksi berlatarbelakang dunia moden masa kini, The Old Guard pasti buat masa anda berlalu dengan pantas. Ia sebuah riwayat seorang dewi yang terperangkap dalam dunia tanpa kematian. Gerakan tangkas Charlize sebagai seorang dewi pahlawan memang boleh terbawa untuk ke kelas seni mempertahankan diri.
#5 The Huntsman: Winter’s War (2016)
Cantik, kejam dan suka memanipulasi itu lah kerja utama Queen dalam menghalang apa jua kebaikan negaranya. Lantunan suara serta ekspresi wajah Charlize Theron sangat memberi kesan pada penonton. Tak perlu ada babak membunuh pun, walau hanya sekadar jelingan tajam, Charlize berjaya buat kita naik menyampah!
Sama seperti diawal kata penulis, tidak sabar dan teruja untuk menikmati Charlize Theron sebagai Clea. Malah yang paling penulis nantikan ialah melihat chemistry bila beliau digandingkan dengan Benedict Cumberbatch.
Ada yang sama excited dengan penulis tak? Kongsikan!