Kalau anda rajin swipe video mekap di TikTok, tentu terserempak dengan pelbagai video tutorial solekan, penjagaan wajah atau sekadar unboxing produk mekap.
Sudah tentu, produk yang dikatakan bagus di TikTok sekelip mata menjadi popular dan terus sold out di mana-mana. Kuasa viral di platform ‘for your page’ TikTok kadangkala menakutkan!
Namun hati-hati, kadangkala produk yang viral ini hanya sementara dan kualitinya tidak seberapa pun. Akhirnya ada yang berasa tertipu dengan hype internet bukan?
Dari pemerhatian DIVA, ada 6 produk mekap yang tidak lekang dari tangan beauty influencer TikTok. Pasti ia antara produk mekap bukan sahaja popular tapi beri hasil mekap yang cantik dan memuaskan hati.
#1 Rare Beauty Soft Pinch Liquid Blush
Pemerah pipi yang sangat pigmented dan sangat mudah untuk disapu! Mempunyai lebih dari 10 pilihan warna yang sesuai dipakai untuk semua jenis tona kulit.
@azwazuzu testing rare beauty liquid blush – shade joy #rarebeautyblush #rarebeauty #liquidblush #makeupreview #makeuptok #rarebeautyreview #rarebeautymakeup #blushreview #beautytok #mekap
#2 Nars Radiant Creamy Concealer
Siapa yang suka minimal mekap tanpa pakai foundation, concealer ini game changer anda! Ia mampu memudarkan segala parut jerawat atau tompok hitam dan memberi hasil kulit yang lebih berseri.
@livpamp You can find this concealer at narscosmetics.com, and it comes in a mini size too! #ad #RadiantCreamyConcealer #UnfilteredYou #NARSissist @narsissist
#3 Anastasia Beverly Hills Brow Freeze
Anda yang tak suka lukis kening boleh guna gel kening dari ABH ini. Kening lebih kemas dan memberi bentuk rangka kening yang natural sahaja.
@sarah_novio Finally got my hands on the @anastasiabeverlyhills Brow Freeze ✨🙌🏽 #anastasiabeverlyhills #makeup #makeuphacks
IKLAN
#4 Maybelline Sky High Mascara
Ramai yang terkejut dengan hasil maskara Maybelline yang boleh menukar bulu mata anda seperti memakai bulu mata palsu.
@lindserlandsen #stitch with @Jess 😱 YOU NEED THIS MASCARA NOW! #SkyHighMascara #MaybellinePH
♬ original sound – IG: @lindserlandsen – IG: @lindserlandsen
#5 Fenty Gloss Bomb Cream
Fenomena Fenty Beauty tak akan pernah berhenti! Sehingga kini masih ramai lagi memuji Fenty Gloss Bomb Cream yang sangat cantik memukau pada bibir. Malah, ia mampu melembapkan bibir untuk kekal hidrat.
@bexcxmpbell Which is your favourite 1, 2, 3, 4 or 5 @fentybeauty gloss bomb cream. #glossbombcream
#6 Dior Backstage Rosy Glow Blush
Rupanya blusher lama ini viral semula sebab ada khabar angin kata ini blusher kegemaran Kylie Jenner. Tekstur blusher Dior yang sangat halus boleh memberi ilusi warna pipi semulajadi dan sihat.
@skinbyhelen Worth the hype?👀 #blushingwithhelen #dior #blush #diorbackstage #diorbackstageblush #makeupreviews #viralmakeup #sephora #sephoracanada
Kalau ada yang belum anda cuba, cepat pergi beli sekarang sebelum ghaib lagi di kedai!