Akhirnya, hope in a jar daripada philosophy boleh didapati di Sephora!
Untuk pengetahuan kamu, hope in a jar dikeluarkan sejak 25 tahun yang lalu. Dan pada awal tahun ini, philosophy mengemas kini semula siri ini dan menampilkan enam produk baru yang terbaik.
hope in a jar menawarkan formula bersih dan bebas daripada bahan yang beri risiko pada kesihatan seperti phenoxyethanol, butylated hydroxytoluene (BHT) dan hthalates.
Bakal menjadi rebutan ramai, antara produk yang boleh kamu dapati dalam siri hope in a jar adalah;
Smooth-Glow Multi-Tasking Moisturizer
- Foto – philosophy
Berfungsi merawat masalah kulit iaitu dehidrasi, kedutan dan kulit kusam. Dengan menggunakan rumusan hyaluronic acid, pelembap ini berupaya berikan penghidratan mencukupi dan jadikan kulit lebih gebu.
Biome-Balance Glow Serum
- Foto – philosophy
Serum ini dapat memberikan perlindungan skin barrier yang kuat, meningkatkan keserian, membaiki tekstur kulit dan tingkatkan penghidratan dalam jangka masa yang panjang.
IKLAN
Eye Revival Serum-In-Cream
- Foto – philosophy
Dua dalam satu; Serum dan krim mata ini membolehkan lingkaran mata hitam berkurangan dalam masa 1 minggu sambil memperbaiki penampilan garis halus serta kedutan.
Skin-Ressurrection Overnight Power Hydrator
- Foto – philosophy
Dengan bahan seperti hyaluronic acid, mandelic acid dan MYRAMAZE, kulit wajah akan menjadi lebih terhidrat dan lembut dalam masa semalaman.
Hyaluronic Glow Moisturizer
- Foto – philosophy
Krim pelembap ringan berasaskan air ini berupaya meningkatkan penghidratan kulit sebanyak 86% sehingga 72 jam. Menarik tentang pelembap ini, kulit tidak akan jadi melekit dan berminyak selepas gunakannya.
Instant Glow Peeling Mousse
- Foto – philosophy
Gunakan peeling mousse ini sekurang-kurangnya dua kali seminggu untuk mendapat kulit berseri-seri dengan serta-merta serta tona kulit yang sekata.
Selain di [Sephora], kamu juga boleh dapatkan siri hope in a jar di [Lazada]. Happy shopping!