Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Cuci Muka Dengan Air? Trend Kecantikan Tengah Trending Di TikTok

by Lisa AG
May 26, 2022
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

17
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Cuci muka dengan air semata, sekejap macam mana tu? Tak perlukan sebarang rutin skincare?

Kita semua telah diberitahu untuk mencuci muka setiap hari. Tetapi tahukah kamu bahawa kamu tidak perlu selalu mencuci muka dengan pembersih?

Bunyi macam pelik, tapi itulah yang hangat di media sosial, khususnya TikTok. Ia mungkin mengejutkan tetapi ramai yang telah ‘bersumpah’ dengan trend ini.

Dipanggil Pembersihan Air

Pembersihan air merupakan teknik mencuci muka dengan air sahaja. Ia diperkenalkan kepada TikTok oleh beauty influencer Ava Lee atau @glowwithava. Sejak itu, ia menjadi popular dan ikutan pengikut, malah merasakan ia menambah baik kulit mereka.

@glowwithava

Reply to @em_s010 important: assuming you double cleansed and went to bed with a clean face!!! #watercleanse #beautytipswithava

♬ original sound – AVA

Tapi berkesan ke? Matlamat utama pembersihan air adalah untuk mengekalkan kelembapan dalam kulit. Jadi mereka yang mempunyai kulit kering dan dehidrasi boleh mendapatkan manfaat daripada itu.

Jika kulit kamu terasa tegang dan kering selepas membersih pada waktu pagi, kamu boleh melangkau pembersih dan cuba mencuci dengan air sahaja. Dengan melakukan ini, kamu mengurangkan peluang untuk merosakkan skin barrier.

Skin barrier bertanggungjawab untuk mengekalkan penghidratan dalam kulit dan mengelakkan kotaran, bahan pencemar dan banyak lagi. Jadi, keadaan ini boleh membawa kepada pelbagai masalah lagi.

Jika kamu mempunyai kulit yang sangat berminyak atau kombinasi, pembersihan air mungkin bukan untuk kamu. Hal ini kerana sebum yang berlebihan pada wajah boleh menyebabkan jerawat jika tidak dicuci dengan betul. Sebaliknya, cari pembersih lembut dengan pH rendah yang akan membersihkan kulit tanpa mengeringkan atau merosakkan kulit kamu.

Jadi, sebelum nak ikut trend, kanal pasti keadaan kulit kamu terlebih dahulu.

BACA:  Jadi Mangsa Dera? Begini Rupanya Hidup TikToker Bella Poarch Sebelum Popular
FILED UNDER cuci muka dengan airTikTokwater cleansing
Share7SendShare

Trending

  1. 1

    Tanghulu Buah Bersalut Gula, Manisan Kegemaran Orang Cina Yang Mudah Dibuat

  2. 2

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  3. 3

    Macam Mana Nak Goda Suami Di Ranjang, Biar Teruja Setiap Kali Bersama

  4. 4

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  5. 5

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.