Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Jenis Fabrik Tudung Bawal Paling Bagus Untuk Bentuk Awning Kekal Tegak

by Iza B
May 28, 2022
Jenis Fabrik Tudung Bawal Paling Bagus Untuk Bentuk Awning Kekal Tegak

Foto - Pinterest

92
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Ciri utama yang pemakai tudung bawal cari ialah tudung yang mudah dibentuk, tidak terlalu licin dan bahagian awning tudung tidak kelepet.

Boleh hilang mood bila tudung tidak menjadi, apatah lagi bila anda sudah menghabiskan masa yang lama untuk siap.

Pilihan fabrik tudung bawal antara yang paling penting selepas corak, warna dan jenama. Tidak semua fabrik sesuai untuk dijadikan tudung bawal kerana ia tudung yang wajib dilipat dua.

Tak tahu nak beli kain tudung bawal yang elok?

Berikut jenis-jenis fabrik tudung bawal terbaik mengikut cita rasa DIVA

IKLAN

#1 Japanese Cotton Voile

Foto – AS Galleria by Bawal Exclusive

Fabrik kapas yang premium dan paling banyak menjadi pilihan jenama-jenama tudung bawal. Ia kain yang tidak berapa lembut atau keras yakni sangat baik untuk dibentuk dan tidak mudah renyuk. Kebanyakan tudung bawal yang menggunakan japanese cotton voile, dijual pada harga yang murah. Anda boleh pilih samada dalam warna kosong atau bercorak.

#2 Silk Satin

Foto – BcomelScarf

Biasanya kain tudung dari jenis satin boleh beri kesan ‘pekak’ dan panas pada si pemakai. Nasihat DIVA, pilih fabrik satin yang sedikit mahal seperti silk satin yang bukan sahaja cantik, lembut tetapi ia mudah untuk dibentuk awning dan drape di bahagian hadapan. Tekstur kilatan pada silk satin juga lebih minima dan memberi aura eksklusif pada si pemakai.

#3 Chiffon Voile

Foto – azzsmallmarket.com

Kalau anda tak suka tudung chiffon yang berat, panas dan terlalu licin, anda boleh cari tudung dari fabrik chiffon voile. Ia antara tudung chiffon yang ringan dan sangat selesa di pakai sepanjang hari. Kain chiffon voile tidak terlalu jarang dan bahagian awning tudung mudah dibentuk walaupun licin. Kalau anda suka tudung bawal dari warna-warna pastel, fabrik chiffon voile wajib ada dalam almari.

#4 Korean Chiffon

Foto – Drama Queen Hijab

Fabrik tudung paling popular sekarang ialah korean chiffon! Ia seakan-akan fabrik satin tapi lebih ringan dan sedikit nipis. Namun anda jangan risau, fabrik ini tidak jarang seperti chiffon murah. Apa yang DIVA suka ialah ia mempunyai pilihan warna yang terang dan cantik terletak bila dihampar pada bahu.

Bila ke butik tudung atau ingin beli secara talian, jangan lupa semak dahulu jenis-jenis fabrik. Baru lah nanti bila pakai puas hati dan selesa.

Tags: awning tudung bawaljenis tudung bawalkain tudung bawal
Share37SendShare

Artikel Berkaitan

Gelang, Rantai & Subang Gaya ‘Hardware’, Jom Intai Rekaan Brand Paling Cantik!
Fesyen

Gelang, Rantai & Subang Gaya ‘Hardware’, Jom Intai Rekaan Brand Paling Cantik!

by Iza B
July 2, 2022
0

Trend pakai barang kemas atau aksesori semakin menjadi-jadi bukan? Bila barang kemas sudah jadi ramai permintaan ramai, sudah tentu pelbagai...

Baca Lagi
Ikon Fesyen ‘Plus Size’, Sherry Alhadad Berani Cuba Banyak Gaya Untuk Jadi Unik!
Fesyen

Ikon Fesyen ‘Plus Size’, Sherry Alhadad Berani Cuba Banyak Gaya Untuk Jadi Unik!

by Sofie Azizlan
July 1, 2022
0

"Plus size dan fesyen"- Tak dinafikan ramai yang fikir mereka ini tidak mempunyai banyak pilihan untuk bergaya macam orang lain....

Baca Lagi
Trend ‘Barbie’ Bermula? Lihat Selebriti Mana Menawan Dalam Warna Merah Jambu
Fesyen

Trend ‘Barbie’ Bermula? Lihat Selebriti Mana Menawan Dalam Warna Merah Jambu

by IamLisa
July 1, 2022
0

Barbie di mana saja! Barbie adalah ikon bagi kebanyakan kanak-kanak kerana miliki rupa paras cantik, tubuh yang langsing, boleh bergaya...

Baca Lagi
Sertai Krew Minion Dengan Tampalan Eksklusif Di Levi’s® Tailor Shop Ini
Fesyen

Sertai Krew Minion Dengan Tampalan Eksklusif Di Levi’s® Tailor Shop Ini

by Sofie Azizlan
July 1, 2022
0

Ada yang sudah tonton filem "Minions: The Rise of Gru"? Gru dan krew jahatnya kini kembali memeriahkan pawagam dengan filem...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    “Trend Copper Red”- Cara Tepat Pilih Warna Rambut Merah Sesuai Ikut Kulit

  3. 3

    Trend ‘Barbie’ Bermula? Lihat Selebriti Mana Menawan Dalam Warna Merah Jambu

  4. 4

    Makanan Untuk Flawless Saranan Dermatologi Kamu Kena Tahu

  5. 5

    Resepi Serawa Durian Paling Ringkas Dan Sedap Di Dunia!

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.