Pasti di kalangan kita ada yang tidak tahu bahawa beberapa produk skincare sebenarnya tak sesuai dipakai dalam sesetengah keadaan cuaca.
Kalau kamu nak tahu, ahli dermatologi pernah berkongsi tentang beberapa produk skincare yang seelok-eloknya kamu perlu elak pakainya dalam cuaca tertentu. Lebih-lebih lagi bila cuaca tengah panas terik dan berbahang!
Beberapa produk skincare ini telah diberi ‘amaran’ kerana ia mengandungi bahan yang tidak sesuai untuk dipakai dalam cuaca panas. Katanya boleh rosakkan skin barrier dan mendedahkan kulit pada kerosakan yang lebih teruk.
Nak tahu produk skincare apa yang patut dielak ketika cuaca panas terik, baca di bawah;
Skrub
- Foto – Pinterest
Ramai yang tahu skrub mengandungi partikel yang bersifat kasar kan? Bila ianya kasar, ahli dermatologi memang melarang untuk pakainya kerana ia boleh menyebabkan kulit jadi makin kemerahan dan merengsa.
Jika gunakan skrub pada waktu panas, kulit akan mudah dinaiki jerawat, balckhead, whitehead dan pori akan terbuka dengan luas.
Sunscreen
Memang wajib untuk setiap daripada kita pakai sunscreen. Tapi jenis sunscreen yang berasaskan minyak sangat tidak digalakkan tau!
IKLAN
- Foto – Pinterest
Ini kerana ia boleh membuat kulit menghasilkan lebih banyak minyak, bintik-bintik hitam, jerawat dan banyak lagi. Untuk sunscreen, DIVA nasihatkan untuk pakai sunscreen yang bebas minyak dan tidak komedogenik.
Essential Oil
- Foto – Pinterest
Sebaik-baiknya cuba elak pakai essential oil ketika cuaca panas. Lebih-lebih lagi essential oil yang mengandungi pati oren atau lemon kerana asidnya boleh membuatkan kulit mudah mendapat masalah seperti jerawat, pori tersumbat dan sebagainya.
Chemical Exfoliation
Chemical exfoliation yang mengandungi bahan AHA dan BHA boleh dedahkan kulit pada matahari dan menjadikan skin barrier makin menipis serta mudah dinaiki jerawat.
- Foto – Pinterest
Exfoliate kulit memang bagus kerana kamu boleh buang sel kulit mati dan sebagainya, tapi jangan pula memandai pakai ketika cuaca panas. Ketika ini kulit akan jadi lebih sensitif dan mudah jadi merengsa.
Kalau nak juga exfoliate wajah, DIVA syorkan chemical exfoliation yang mengandungi bahan lactic acid dan azelaic acid yang bertahap rendah.
Selamat beramal!