Menanam dan menjaga pokok merupakan terapi baru semasa dunia di landa pandemik. Lebih-lebih lagi apabila pokok-pokok hiasan sudah boleh dibeli melalui atas talian dan terus dipos menggunakan khidmat penghantaran barang. Memang tidak lekang gambar-gambar pokok dari paparan media sosial ketika itu.
Bagi anda yang tidak kesempatan mengikuti trend tanam-tanam pokok, jangan risau anda masih boleh lakukannya sekarang. Bukan apa setiap pokok ada manfaatnya tersendiri dan ia boleh menambah seri pada sudut rumah anda.
Anda masih takut dan risau tentang risiko pokok tidak subur atau rosak?
DIVA ada 6 pilihan pokok hiasan yang bukan sahaja mudah dijaga tapi murah! Sesuai betul dengan anda yang baru cuba-cuba nak simpan pokok hidup.
#1 Pokok Lidah Jin / Snake Plant [BELI]
Antara pokok yang paling popular untuk tanaman dalam rumah. Ia tidak memerlukan banyak cahaya matahari dan kalau anda jenis lupa nak siram air pun tak mengapa. Pokok lidah jin ini mampu hidup dengan tanah kering tempoh agak lama.
Kelebihan: Boleh menyedut karbon dioksida dan melepaskan oksigen pada waktu malam.
#2 Pokok Jade / Crassula Ovata [BELI]
Mahu start dengan saiz pokok yang kecil-kecil, anda boleh pilih pokok jade atau nama saintifiknya Crassula Ovata. Ia sangat sesuai untuk pokok hiasan dalam rumah. Tidak memerlukan cahaya matahari yang banyak dan hanya perlu disiram selang beberapa hari.
Kelebihan: Dipercayai boleh membaiki kualiti udara dalam bilik dan memberi tuah kepada pemilik.
#3 Pokok Pothos / Epipremnum Aureum [BELI]
Tumbuhan menjalar ini sangat sesuai untuk hiasan pokok gantung di dapur atau halaman rumah. Ia amat mudah subur walaupun terhindar dari cahaya matahari.
IKLAN
Kelebihan: Mempunyai kelebihan membasmi bau-bau busuk didalam rumah dan ia mampu menenangkan mata selepas anda melihat skrin televisyen atau telefon pintar terlalu lama.
#4 Pokok Lidah Buaya / Aloe Vera [BELI]
Siapa yang tak kenal tumbuhan menarik ini? Ia sangat senang dijaga, hanya letak berhampiran cahaya matahari dan perlu diberi air secara berkala. DIVA cadang anda letak pokok aloe vera di bilik mandi atau dapur.
Kelebihan: Bahagian gel aloe vera membantu memulihkan parut dan menenangkan kulit yang mengalami keradangan akibat sunburn.
#5 Pokok Bunga Lili Putih / Peace Lily [BELI]
Pokok bunga yang murah dan paling cantik untuk hiasan rumah anda! Jangan khuatir, pokok peace lily boleh tinggal suasana yang redup, suhu sederhana dan tanah yang lembap. Cuma pastikan jangan terlalu siram pokok ini terlalu banyak air.
Kelebihan: Ia sebuah tumbuhan yang cukup cantik dan memberi seri baru di ruang tamu, bilik tamu atau di meja makan. Menariknya, pokok peace lily dapat membasmi sebarang spora di udara seperti kulat, alga dan banyak lagi.
#6 Pokok Keladi Aglaonema / Chinese Evergreen [BELI]
Pokok yang langsung tak manja, boleh berdikari dan hanya suka udara yang lembap. Anda perlu pastikan tanah pokok sentiasa lembap atau sekurang-kurangnya siram seminggu sekali.
Kelebihan: Kalau dari segi Feng Shui, ia boleh membawa tuah tapi dari sudut kesihatan pula pokok chinese evergreen boleh dijadikan penapis udara semulajadi.
Semua pokok diatas boleh dibeli di Shopee dan sudah tentu harga tidak sampai RM50 pun!
DIVA harap terapi pokok kali ini bukan sahaja menghidupkan suasana rumah, malah memberi anda hobi yang bermanfaat.