Bila sampai masa untuk menukar stail rambut sudah tentu gelombang dilema datang menerpa. Ada sahaja yang tidak kena dengan bentuk muka, tekstur rambut dan panjang rambut. Lama-lama bila difikir hampir putus asa untuk mendapatkan bentuk potongan rambut yang cantik.
Buat anda yang memiliki rambut yang lurus dan nipis dikatakan mempunyai gaya yang terhad. Jangan nilai begitu, sebenarnya ada banyak sahaja pilihan potongan rambut yang sesuai dengan anda.
Istimewa untuk kali ini, DIVA sediakan beberapa contoh potongan rambut dari inspirasi selebriti. Setiap stail rambut ini sangat padan untuk anda yang rambutnya lurus dan nipis.
#1 Potongan belahan tengah
Rambut kamu memang jenis lurus dan tak perlu rebonding lagi? Apa kata dapatkan sahaja gaya clean cut seperti Jessica Chastain. Ia lebih terurus, mudah dijaga dan memberi aura misteri pada si penggaya.
- Foto – Glamour
#2 Bingkai layer tepi wajah
Potongan layer dibahagian hadapan bak Jessica Aniston sangat sesuai untuk anda yang sibuk dan tidak sempat mendandan rambut. Gaya begini juga dapat memberi ilusi wajah sedikit kecil.
- Foto – InStyle
#3 Potongan ‘sleek bob’
Tahun baru, rambut baru? Sebenarnya gaya rambut bob lebih senang digayakan untuk mereka yang rambut lurus. Ternyata rambut anda kelihatan sentiasa kemas, tengok sahaja Gwyneth Paltrow!
IKLAN
- Foto – IMDb
#4 Biarkan ada sedikit ‘bang’
Bila nak cari inspo rambut dengan ‘bang’, terus sahaja menelek gambar-gambar red carpet Dakota Johnson. Tak kira nak kekal rambut panjang, separa bahu atau pendek memang ‘bang’ terletak elok sahaja.
- Foto – Vogue
#5 Ringkas ‘pixie cut’
Rambut pendek ‘pixie cut’ memang jadi sandaran utama untuk mereka yang berambut nipis. Namun anda kena bijak, pastikan belahan rambut atau ‘pixie cut’ dapat memberi ilusi rambut tebal. Minta nasihat pendandan rambut dahulu ya sebelum tunjuk gambar Emma Watson!
- Foto – Pixie Cut
#6 Gaya belah tepi
Elegan sangat bila buat rambut belah tepi seperti Anya Taylor-Joy ini. Ramai yang jadikan belahan tepi apabila menghadiri majlis makan malam atau parti eksklusif.
- Foto – Twitter
Senang kan bila ada idea macam ini? Nah, anda simpan artikel DIVA untuk kegunaan masa hadapan.
Semoga bermanfaat!