Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Festival Filem Cannes 2022, #DIVAKongsi Pakaian Terbaik Selebriti Di Red Carpet!

by Soph.Azz
May 23, 2022
Foto - Page Six

Foto - Page Six

19
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Daripada selebriti A-list hingga ke supermodel, pelbagai gaya dipamerkan dan semuanya nampak cantik-cantik belaka!

Menandakan edisinya yang ke-75 tahun ini, Festival Filem Cannes 2022 kini diadakan selepas dua tahun tertunda akibat pandemik COVID-19.

Bersempena dengan itu, DIVA nak kongsikan beberapa gaya selebriti dan model yang terbaik di red carpet Festival Filem Cannes 2022. Lihat di bawah;

Memakai gaun putih Giorgio Armani, gaya Anne Hathway dilengkapkan dengan rantai leher berbatu nilam dan berlian daripada Bulgari. 

Foto – Elle

Model Brazil iaitu Alessandra Ambrosio juga memakai gaun putih daripada Stéphane Rolland. 

Foto – Vogue

Ikuti trend Rihanna, Adriana Lima memakai gaun berona hitam milik Balmain yang menampilkan potongan menyerlahkan perutnya. 

IKLAN

Foto – Insider

Pelakon dan pengarah filem, Rebecca Hall mengenakan gaun khas daripada Gucci; bahagian lengannya ada ruffle, sheer panelling, sulaman dan mengenakan warna kontras merah dan magenta. 

Foto – Elle

Deepika Padukone pula mengenakan sari berjalur hitam dan emas daripada Sabyasachi yang diinspirasikan oleh harimau Bengal. 

Foto – Times Of India

Untuk gaya pertama, Aishwarya Rai mengenakan gaun custom daripada Dolce & Gabbana. Look kedua pula, dia mengenakan gaun statement daripada Gaurav Gupta yang menggunakan beribu-ribu manik dan kristal serta sulaman yang membentuk seperti topi. 

Foto – Vogue India

Pelakon Urvashi Rautela membuat debut pertamanya dengan mengenakan gaun ruffle Tony Ward yang dihiasi dengan lengan yang statement. Gaunnya itu ‘bercekak’ di pinggang dan menampilkan tulle yang berlapis-lapis. 

Foto – Hindustan Times

Model Didi Stone pula memakai gaun custom berbentuk ikan duyung daripada Roberto Cavalli dalam satin berona champagne. Manakala bahagian dadanya pula menampilkan struktur buatan khas bentuk mawar dan sisik buaya dalam rona emas. 

Foto – Fashion Sizzle

Setiap gaya di atas memang nampak mewah dan eksklusif, DIVA beri ⭐⭐⭐⭐⭐!

Tags: cannes film festival 2022fesyen selebriti cannes film festival 2022
Share8SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Festival Filem Cannes 2022, #DIVAKongsi Pakaian Terbaik Selebriti Di Red Carpet!

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Resepi Serawa Durian Paling Ringkas Dan Sedap Di Dunia!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.