Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

Dr. Taylor Swift Kongsi Cara Untuk Belajar Cintai Diri Sendiri

by Soph.Azz
May 23, 2022
Foto - Rappler

Foto - Rappler

13
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Rasanya semua orang setuju apabila DIVA mengatakan Taylor Swift adalah seorang ikon!

Daripada menjadi seorang selebriti yang menangi pelbagai anugerah Grammy, menjadi penyanyi dan penulis lagu, pengarah, penerbit dan kini seorang ‘Doktor’.

Pada 18 Mei baru-baru ini, Taylor telah dianugerahkan ijazah kedoktoran kehormat dalam jurusan seni halus daripada Universiti New York (NYU). Memakai gaun berona ungu dan topi semasa hari graduasi, Taylor telah menyampaikan ucapannya pada graduan NYU 2022.

Dalam ucapannya itu, DIVA sangat tertarik dengan perkongsiannya mengenai tips untuk belajar mencintai diri sendiri. Nak tahu lebih lanjut, baca perkongsian di bawah;

Utamakan Apa Yang Penting Dalam Hidup 

Pertama sekali, Taylor berkongsi bahawa setiap orang ada kesukaran dan kesusahannya sendiri dalam kehidupan. Untuk mendapat kehidupan yang gembira dan tenang, Taylor mendedahkan anda perlu menjadi matang dan berfikiran jauh.

Foto – New York Post

Maksudnya di sini adalah, anda perlu berfikir dan membuat keputusan tentang perkara apa yang penting serta tidak dalam kehidupan. Bukan itu sahaja, anda juga perlu menyusun semula perkara apa yang perlu disimpan dan diutamakan, serta lepaskan perkara yang tidak penting daripada kehidupan.

Sebagai contoh, jika anda mempunyai dendam lama atau hubungan yang toksik, lepaskan beban tersebut untuk mulakan hidup baru yang lebih tenang, gembira dan tidak membebankan.

Jangan Takut Untuk Mencuba!

“Belajar untuk hidup bersama rasa cringe dan malu. Tidak kira betapa terdesaknya anda mahu elak daripada merasainya, perasaan tersebut tidak dapat dielakkan sepanjang hayat.”

Taylor percaya setiap orang pernah berada dalam situasi di mana mereka takut untuk mencuba atau mencari perkara yang mereka suka. Bukan apa, ada yang berfikiran orang sekeliling akan melihat mereka sebagai nerd atau terdesak.

Foto – Variety
BACA:  Tips Cantik Taylor Swift Yang Ramai Tak Tahu, Senang Nak Ikut & Sangat Bagus Luar Dalam..

Tapi lain pula yang didedahkan oleh penyanyi ini kerana dia sangat menggalakkan orang ramai untuk tidak takut mencuba. Malah dia juga meminta setiap orang untuk keluar mencari perkara yang mereka suka serta asah bakat masing-masing.

“Apa yang anda perlu tahu ialah kita hidup mengikut naluri, gerak hati, keinginan, ketakutan, parut dan impian kita. Kadang-kadang perkara yang sukar pasti berlaku dalam hidup kita. Tetapi kerana itu kita akan pulih dan belajar daripadanya.” – Dr. Taylor Alison Swift.

FILED UNDER dr. taylor swifttaylor alison swifttaylor swift
Share5SendShare

Trending

  1. 1

    Tanghulu Buah Bersalut Gula, Manisan Kegemaran Orang Cina Yang Mudah Dibuat

  2. 2

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  3. 3

    Macam Mana Nak Goda Suami Di Ranjang, Biar Teruja Setiap Kali Bersama

  4. 4

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  5. 5

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.