Tak lengkap hari-hari dengan haruman dan kenikmatan kopi!
Nak tahu yang best, Nespresso Professional telah melancarkan mesin Nespresso Momento Coffee untuk menyampaikan pengalaman kopi yang tulen dan berkualiti tinggi.
Mesin ini direka dengan tujuan untuk mengeratkan hubungan antara pengguna terutamanya di suasana pejabat dalam kalangan rakan kerja dan para pelawat hotel.
- Foto – Nespresso
“Di era pandemik ini, selain menikmati kopi dengan selamat di rumah, kini para pencinta kopi juga boleh menikmati kopi berkualiti tinggi di luar rumah dengan tenang.
“Lagi pula dengan pengalaman barista yang unik melalui Nespresso Momento Coffe,” kata Floriane Novello, Pegawai Eksekutif Perniagaan di Nespresso Malaysia.
- Foto – Nespresso
Nespresso Professional turut berganding bahu dan bekerjasama dengan hotel W Kuala Lumpur, untuk menjadi salah satu rakan kongsi B2B yang menawarkan Nespresso Momento Coffee dan Peru Organic kepada tetamu mereka.
Melalui kerjasama ini, W Kuala Lumpur akan melancarkan satu menu khas yang dihasilkan menggunakan kopi Nespresso Professional. Boleh didapati dari 20 Mei hingga 25 Jun 2022 pada hari Jumaat dan Sabtu sahaja, menu empat kursus ini berharga RM248 seorang.
- Foto – Nespresso
Pelanggan yang berminat mencuba menu pilihan khas ini boleh membuat tempahan di W Kuala Lumpur dengan menghubungi +603-2786 8888 atau bf.wkualalumpur@whotels.com.