Nak tak rasai dan alami sendiri tradisi budaya makanan Sweden? Kalau nak, DIVA syorkan untuk anda nikmatinya sendiri di Kafe IKEA Batu Kawan!
Baru-baru ini IKEA Batu Kawan melancarkan kafe Sweden yang menyajikan hidangan yang freshly baked dan brew, memang best tau. Dekat kafe ini, ada bermacam-macam jenis sajian disediakan. Ada pelbagai jenis kopi, karipap dan banyak lagi termasuklah sajian istimewa IKEA iaitu kek Ondeh Ondeh.
Strategiknya kafe Sweden ini, ia menjadi tempat pilihan utama pelanggan IKEA untuk berehat selepas membeli-belah. Sambil-sambil itu, pelanggan yang kunjungi IKEA Batu Kawan dapat rasai pengalaman FIKA iaitu tradisi budaya makanan Sweden.
IKLAN
FIKA adalah tradisi yang menggalakkan orang ramai untuk meluangkan masa berehat sambil menikmati secawan kopi PÅTÅR dan kek Almondy yang sedap!
Bersempena dengan pelancaran kafe Sweden ini, Pathmalingam Arumugam (Pengurus Stor IKEA Batu Kawan) mendedahkan kafe ini lengkap dengan semua rangkaian makanan yang disajikan di restoran dan bakeri IKEA.
Jom kunjungi IKEA Batu Kawan yang beroperasi setiap hari (10 pagi-10 malam) dan restoran IKEA (dibuka pada 9:30 pagi). Maklumat lanjut, anda boleh layari [SINI]