Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Bila Tidur Selamatkan Kulit Anda Dengan Krim Malam

by Indah Aziz
May 22, 2022
Foto - Fanfics

Foto - Fanfics

45
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Seronok rasa bila bangun dari tidur bukan sahaja tubuh dan minda jadi segar tapi kulit wajah juga kekal lembut dan berseri. Ianya hasil dari rutin penjagaan kulit pada waktu malam.

Betul, rutin skincare waktu siang dan malam tiada perbezaan yang ketara. Namun perlu anda tahu kebanyakan produk-produk penjagaan kulit waktu malam lebih terarah kepada konsep perawatan.

Berbanding pada produk waktu siang, dicipta untuk melindungi kulit semasa kita bergerak aktif.

Buat anda yang masih menggunakan krim siang atau pelembab wajah yang sama pada waktu malam, sila berhenti sekarang! Memang tiada salah pun, tapi kulit anda kerugian kerana tidak mendapat kebaikan yang ada pada krim malam.

Foto – Self

Tekstur krim malam yang lebih pekat mempunyai pelbagai manfaat hidrat pada kulit. Malah ada krim dengan formula retinol sebagai pencegahan awal garis kedutan dan tanda penuaan.

Selain itu juga, krim malam merawat permasalahan kulit yang dicetuskan dari pendedahan sinaran UV matahari.

IKLAN

Jika anda menggunakan dua krim yang berlainan pada setiap hari, kulit wajah menerima lebih banyak nutrisi yang baik. Sekaligus boleh meningkatkan keupayaan kulit untuk kekal cantik dan berseri.

Malah, pemakaian krim malam membantu untuk anda mendapatkan solekan yang lebih kemas, kerana kulit kekal terjaga sepanjang masa.

Foto – Xarismania

Nasihat dari pakar dermatologi juga menyarankan, apabila usia sudah meningkat. Wajar untuk mengasingkan krim pelembab siang dan malam.

Cari krim malam yang kaya dengan bahan-bahan seperti kolagen, retinol atau glycolic acid yakni melembab, mencerah dan menegangkan kulit semula.

Nah, kalau masih baru nak pakai night cream. DIVA suggest beberapa krim malam terbaik dari Sephora.

#1 Fresh Lotus Youth Preserve Dream Cream [RM265]

Foto – Fresh

#2 Drunk Elephant A-Passioni Retinol Skincare Cream [RM340]

Foto – Drunk Elephant Skincare

#3 Caudalie Vinoperfect Dark Sport Correcting Glycolic Night Cream [RM219]

Foto – Caudalie

#4 Fenty Skin Instant Reset Overnight Recovery Gel-Cream [RM186]

Foto – Strawberrynet

#5 Origins Make A Difference Plus+ Rejuvenating Treatment [RM222]

Foto – Origins

Jadi jangan lupa sapu krim malam!

Tags: kebaikan krim malamkelebihan krim malampenjagaan kulit malam
Share18SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Ini Mungkin Salon Pertama Yang Menawarkan Khidmat Jururias ‘Lelaki Sado’

  3. 3

    Bila Tidur Selamatkan Kulit Anda Dengan Krim Malam

  4. 4

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  5. 5

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.