Jam tangan tidak asing lagi dijadikan sebagai aksesori fesyen samada untuk acara formal mahupun kasual. Ada yang memakai jam tangan bukan sahaja untuk menepati masa tapi sebagai tanda status atau pengenalan diri.
Sudah kita tahu, koleksi jam tangan berjenama mempunyai nilai tersendiri dan ia boleh dijadii sebagai koleksi pelaburan pada masa akan datang.
Jenama seperti Rolex atau Tag Heuer sudah biasa kedengaran sebagai jam tangan mewah.
DIVA ingin perkenalkan kepada anda beberapa jam tangan label mewah yang turut menjadi buruan para sosialit dan bangsawan.
#1 Audemars Piguet
Koleksi Royal Oak dari Audemars Piguet antara yang paling popular dan kini telah berusia lebih dari 50 tahun. Ia mempunyai lebih dari 500 model jam tangan. Jangan terkejut, jenama ini dikategori upper lever berbanding jam tangan Rolex.

#2 Patek Philippe
Jenama jam tangan mewah popular dari Geneva ini antara yang menjadi pilihan wanita bangsawan. Ini kerana setiap dari rekaan jam tangan sangat terperinci dan fokus dalam membawa aura ‘mahal’ dan eksklusif.

#3 Bell & Ross
Peminat jam tangan pembuatan Swiss boleh mengikut setiap rekaan unik Bell & Ross. Kebanyakan rekaan jam tangan Bell & Ross lebih diciptakan untuk pengguna lelaki. Ia sangat ringkas, tahan lasak dan mudah digayakan dengan pelbagai outfit.

#4 Jaeger-LeCoultre
Biasa dengar juga nama Jaeger-LeCoultre bukan? Jam tangan JLC turut boleh dijadikan sebagai alternatif baru selepas Rolex. Ia mempunyai nilai jualan semula yang tinggi. Namun apa yang paling penting, ia sebuah jam dengan rekaan yang jelas, sempurna dan memenuhi kehendak personaliti pengguna.

#5 Louis Moinet
Sebuah jenama jam tangan yang berprestij dan menjadi kegemaran ramai tokoh terkemuka dunia. Bahagian dalam jam ini terkenal dengan pembuatan yang halus, klasik dan asli.

Agaknya yang mana telah mendamba hati anda?