Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

#DIVAReview PUMA Run XX Nitro, 3 Sebab Kenapa Ia Eksklusif Untuk Wanita!

by Soph.Azz
May 19, 2022
Foto - PUMA

Foto - PUMA

18
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Bila sebut tentang kasut larian, DIVA yakin pasti ada yang segelintir individu yang anggap kasut larian semuanya sama. Tak kiralah sama ada lelaki mahupun wanita.

Tapi sebenarnya salah tanggapan itu kerana kasut larian wanita sangat jauh bezanya dengan lelaki. Faktor reka bentuk yang lebih fleksibel dan ringan yang jadi perbezaan ketara antara kedua-dua jenis kasut larian tersebut.

Oleh sebab itu tak dinafikan banyak jenama kasut larian (dan salah satunya adalah PUMA) mula berlumba-lumba hasilkan kasut larian bagi memenuhi keperluan pelari.

Selepas pelancaran koleksi PUMA Running yang direka bentuk semula tahun lepas, PUMA memperkenalkan kasut larian baru iaitu Run XX Nitro. Kasut larian ini menggabungkan teknologi paling inovatif pada pergerakan dan juga kusyennya.

Foto – PUMA

Kasut larian Run XX Nitro ini dinamakan sempena urutan DNA kromosom X berganda khusus wanita yang sesuai untuk sebarang larian. Menerusi kempen unik #PUMADeliveryRun, kasut ini menyemarakkan reka bentuk progesif khusus untuk wanita masa kini.

Tak mahu lepaskan peluang untuk mencuba kasut larian ini secara peribadi, DIVA nak kongsikan beberapa sebab kenapa kamu juga perlu dapatkan kasut ini segera!

#1 Selesa & Tak Sakit Kaki  

Dibina khas untuk pelari yang mencari kasut larian untuk larian harian, DIVA sangat sukakan tapak kasut ini apabila memakainya. Tapak dalamnya diperbuat sepenuhnya daripada teknologi kusyen Nitro Foam.

Foto – DIVA MY

Kalau nak tahu Nitro Foam ini fungsinya adalah untuk memastikan setiap tindak balas dalam gerakan dapat berikan sokongan pada kaki. Bila pakainya memang akan rasa selesa, lembut dan tidak sakit kaki.

#2 Pilihan Beginner Runner 

Bila nak berlari, DIVA sendiri tiada motivasi untuk lakukannya kerana kebanyakan kasut larian yang dipakai sebelum ini tidak sesuai dengan kaki. Ada yang beri kesan sakit pada kaki dan tumit, cengkaman kuat pada bahagian kaki dan betis serta ada masanya badan turut menjadi sakit.

Foto – DIVA MY
BACA:  NCT 127 Bergelar Duta Asia Pasifik Jenama Sukan PUMA

Tapi selepas menggunakan Run XX Nitro, kesemua masalah itu tak terjadi malah DIVA mula jatuh cinta dengannya! Menarik minat DIVA apabila memakai kasut larian ini adalah tapaknya yang menggunakan PUMA Grip.

Dengan adanya teknologi PUMA Grip, tapak sebatian getah tahan lasak ini akan berikan cengkaman yang hanya kamu perlukan pada kaki serta permukaan larian. Jadi larian kamu akan berjalan dengan lancar dan mudah tanpa mengira situasi.

#3 Boleh Juga Pakai Untuk Aktiviti Lain 

Jangan terkejut pula ye. Selain untuk larian, kasut Run XX Nitro ini juga boleh dipakai untuk sebarang aktiviti ekstrem; mendaki bukit, meredah hutan atau panjat dinding batu.

Foto – DIVA MY

DIVA salah bila menganggap kasut larian ini hanya mencengkam permukaan rata sahaja. Apabila gunanya untuk aktiviti lain, hasilnya sangat luar biasa! Cengkaman pada permukaan tidak rata sangat kemas dan teratur, malah langsung tidak membuat kaki terseliuh, sakit dan tak selesa seperti kebanyakan kasut larian lain.

Kalau tanya pendapat DIVA secara peribadi, DIVA beri ⭐⭐⭐⭐⭐ dan memang tak rugi langsung dapatkan kasut larian ini.

Dapatkan PUMA Run XX Nitro dengan harga RM599 di [web] PUMA, kedai PUMA, Royal Sporting House  dan Al-Ikhsan.

FILED UNDER #divareviewkasut larian pumakasut PUMAPUMApuma run xx nitro
Share7SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.