Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Semangkuk Ais Jadi Rutin Kecantikan Bella Hadid, Apa Kebaikannya?

by Soph.Azz
May 19, 2022
Foto - Vogue

Foto - Vogue

80
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

“Saya panggil teknik ini sebagai ‘Ice Bath'”- supermodel Bella Hadid.

Jika anda tertanya-tanya sama ada teknik ini berbaloi atau patut dicuba, cuba lihat Bella Hadid. Menerusi video perkongsian Pengarah Kreatif Isamaya Ffrench, Bella telah tenggelamkan wajahnya ke dalam sebuah mangkuk berisi ais.

Lihat sahaja pun sudah boleh rasai ‘kesakitan’ dan terkejutnya wajah akibat kesejukan ais untuk beberapa saat rendaman wajah dalam mangkuk tersebut. Tapi iyalah orang kata ‘beauty is pain‘ kan?

Buat yang mahu mencuba teknik ini, DIVA telah kumpulkan kebaikan teknik ice bath yang dikongsi oleh beberapa ahli dermatologi. Kata mereka, kesan ini memang berkesan dan sudah diamalkan sejak dulu lagi.

Bagus Ke Teknik Ice Bath Pada Wajah? 

Ada sesetengah orang akan bangun tidur dengan wajah atau mata yang bengkak, kulit alami keradangan dan sangat kusam. Untuk hilangkan kesemua itu, DIVA syorkan untuk mulakan rutin kecantikan anda dengan ice bath.

Foto – OK! Magazine

Ice bath secara tidak langsung ada banyak kelebihannya pada wajah seperti;

IKLAN

#1 Mengecilkan pori 

Foto – Pinterest

Untuk pengetahuan kamu pori terbuka luas boleh menyebabkan minyak, kotoran dan habuk terkumpul dalamnya. Untuk elakkan daripada perkara tersebut berlaku, rendamkan wajah dalam ais untuk kecilkan pori serta nampak lebih awet muda.

#2 Tegangkan kulit wajah 

Kalau rasa kulit macam mula kendur, atasinya dengan teknik ini. Rendam dalam ais boleh jadikan kulit kembali tegang dan elak daripada alami tanda penuaan seperti kedutan serta garis halus.

#3 Solekan Jadi Kekal Lebih Lama 

Kalau kamu nak tahu kebanyakan selebriti akan lakukan teknik ini kerana ia dapat mengekalkan solekan dengan lebih lama. Ini kerana ia mengawal minyak semula jadi kulit dan seterusnya elak solekan ‘bergerak’ serta bercapuk.

#4 Keradangan Kulit Dikurangankan

Foto – Pinterest

Bila wajah alami keradangan mulalah naik jerawat, blackhead dan juga whitehead di wajah. Bila cuba teknik ini, keradangan seperti jerawat dapat dikurangkan kerana ais boleh mengecutkan dan mematikannya.

Untuk lakukan teknik ini, sediakan semangkuk ais berisi sedikit air dalamnya. Celupkan dan rendam wajah selama 5-10 saat beberapa kali dan jangan lakukan teknik ini melebihi 5 minit.

Jangan lupa untuk lakukannya pada awal pagi.

Tags: bella hadidice bathskincare routine bella hadidwater bath face
Share32SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Semangkuk Ais Jadi Rutin Kecantikan Bella Hadid, Apa Kebaikannya?

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.