Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

5 Individu Berwawasan Bergabung Menerusi Kempen Levi’s The Travelling 501

by Lisa AG
May 18, 2022
Foto - Levi's

Foto - Levi's

13
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Untuk meraikan masa lalu, sekarang dan depan, Levi’s telah berganding tenaga dengan ima indivud berwawasan di Asia Tenggara yang menyerlahkan semangat Original 501.

Individu-individu berwawasan ini terdiri daripada artis dan ilustrasi dari Indonesia, Dieta Maharanie; model dan artis sulaman dari Malaysia, Sheena Liam; penyanyi rap dan pencipta lagu Singapura, Yung Raya; jurusolek terkemuka Thailand, Pearypie serta model dan pelakon Filipina, Issa Pressman.

Foto – Levi’s

Mereka dipilih kerana memiliki perspektif yang amat unik untuk menerima perubahan yang diperlukan bagi mengilhamkan pertumbuhan dan evolusi peribadi.

Setiap individu terbabit akan memberikan sentuhan gaya mereka sendiri terhadap sepasang seluar jeans Original 501. Mereka akan mengembara ke lima buah negara asal setiap individu sebelum berakhir pada acara kemuncak Hari 501 yang akan berlangsung di Thailand.

Foto – Levi’s

“Jeans Original 501 merupakan satu ikon sebenar dan telah berada di pasaran hampir 150 tahun. Ia merupakan sepasang seluar asas yang boleh didapati di hampir setiap almari di seluruh dunia.

“Jean ikonik ini merupakan kanvas kosong terbaik bagi menyerlahkan gaya dan ekspresi diri, yang juga merupakan inspirasi di sebalik usaha Travelling 501.

“Di Levi’s, kreativity dan keaslian merupakan teras jenama ini. Jadi, kami amat gembira bekerjasama dengan lima individu berwawasan ini. Kami tidak sabar untuk melihat hasil karya mereka pada seluar 501 yang disediakan!” kata Herve Bullot, Pengarah Pemasaran Asia Pasifik Timur Levi Strauss & Co.

Foto – Levi’s

Bermula sebagai sejenis pakaian tahan lasak, jean 501 telah menjadi salah satu item pakaian paling ikonik menjelang pertengahan abad ke-20. Ia merupakan simbol keremajaan yang memberontak, gaya kasual pilihan serta kanvas bagi ekspresi diri yang kreatif.

BACA:  Levi's Kembalikan Gaya Longgar & 'Gedoboh' 90-an Melalui Koleksi SilverTab™

Untuk maklumat lanjut berkenaan kempen ini dan mendapatkan berita-berita terkini, layari laman levi.com.my dan ikuti Instagram @levismy.

FILED UNDER hari 501 levi'skempen the travelling 501levis
Share5SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.