Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Gaya Hidup

Bengkel Canting Batik Di Tengah KL, Aktiviti Menarik Untuk ‘Bonding’ Dengan Bestie!

by Soph.Azz
May 17, 2022
Foto - @teja.kl (IG)

Foto - @teja.kl (IG)

161
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Kamu dan rakan suka lakukan aktiviti yang menarik dan mendapati berkunjung ke pusat beli-belah sangat membosankan?

DIVA ada satu jenis aktiviti yang sesuai untuk kamu dan rakan lakukan pada hujung minggu ini iaitu sertai bengkel mencanting batik!

Tak sesak dengan orang ramai, harganya pula berpatutan dan boleh jadi terapi untuk kamu dan rakan, cepat kunjungi ke bengkel mencanting batik di sekitar Kuala Lumpur ini.

MyBatik, Ampang 

Di MyBatik kamu bukan sahaja boleh canting batik pada kanvas atau beg, malah kamu juga boleh lakukan beberapa aktiviti lain yang ditawarkan. Antaranya adalah pengecapan blok tradisional, canting kucing batik, canting sarung batik serta mencanting selendang batik sutera.

View this post on Instagram

A post shared by myBatik Kuala Lumpur (@mybatik_by_emilia)

Psst… Kalau kumpulan kamu besar, kamu boleh tempah sesi canting batik di sini bermula harga RM53.

Jadi Batik, Jalan Imbi 

Dengan bahan disediakan dan seorang artis yang membantu, ‘keluarkan’ kreativiti kamu di Jadi Batik iaitu peruncit fesyen batik yang tawarkan banyak perkhidmatan seperti bengkel pembuatan batik.

View this post on Instagram

A post shared by JADI BATEK SINCE 1976 (@jadibatek)

IKLAN

Selain mencanting dan mewarna batik di kanvas, kamu juga boleh mencanting batik di selendang, pareo, kain sarung dan banyak lagi.

Ainna Artwork, Central Market 

Sesuai untuk individu yang tengah on budget, Ainna Artwork ini adalah pilihan bengkel batik yang sesuai untuk kamu!

View this post on Instagram

A post shared by ainnaartwork (@batik_ainnaartwork)

Terletak di tingkat bawah di Central Market, bengkel ini menyediakan kesemuanya bermula daripada peralatan hingga ke kanvas dengan harga RM15. Selain menggunakan reka bentuk yang sedia ada, kamu juga boleh hasilkan reka bentuk batik sendiri.

Te’ja Studio, Pusat Pelancongan Malaysia

Popular dengan bengkel batik, Te’Ja Studio menawarkan khidmat bengkel seni dan kraf seperti mencanting dan mewarna batik di bingkai, beg tote dan topi. Bukan itu sahaja selain canting batik, kamu juga boleh pelajari cara buat tie-dye T-shirt sendiri, resin dan coaster.

View this post on Instagram

A post shared by Te’ja Studio (@teja.kl)

Selain sertai bengkel di Te’ja Studio, kamu juga boleh lakukan aktiviti ini di rumah dengan membeli kit seni dan kraf mereka di sini.

Nostalgia sangat bila sertai bengkel mencanting batik ini, teringat zaman sekolah dulu.

Tags: ainna artworkjadi batikmybatik ampangte'ja studio
Share64SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  3. 3

    Bengkel Canting Batik Di Tengah KL, Aktiviti Menarik Untuk ‘Bonding’ Dengan Bestie!

  4. 4

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  5. 5

    Aircond ‘Off’ Dengan Sendirinya, Ini Sebab Kena Tahu

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.