Jangan terkejut, sampai sekarang pun ada orang yang tak tahu cara nak pakai loose powder dengan betul tau.
Macam DIVA pada awal-awal guna dulu, main pakai saja loose powder asalkan dah ditempek di atas wajah.
Tapi sebenarnya cara tersebut adalah salah! Dan untuk entri kali ini, DIVA nak kongsikan ilmu baru tentang teknik pemakaian loose powder yang betul. Nak tahu cara kamu betul atau salah, semak cepat di bawah;
#1 Kalau Guna Puff, Blend Dulu
Ketika dab puff ke atas loose powder, pastikan kamu tak terus dab atau tempek di wajah tau. Blend dahulu puff tersebut untuk sekatakan bedak di atasnya.
Cara untuk blend adalah bentukkan seperti karipap atau lipat puff menjadi dua. Kemudian gerakkan seluruh puff untuk blend bedak tersebut menjadi rata. Tujuannya adalah untuk elak loose powder jadi bercapuk di permukaan wajah yang disapu.
#2 Berus Kecil Untuk Kawasan Susah Dicapai
Untuk kawasan yang susah dicapai seperti tepi hidung dan kawasan mata, wajib gunakan berus kecil.
Caranya adalah ambil berus kecil dan kacau dalam loose powder dan ketuk untuk keluarkan lebihan bedak di berus. Kemudian sapu di kawasan yang susah dicapai. Sapu secara lembut dan dab sahaja.
IKLAN
#3 Kena ‘Ketuk’ Kalau Guna Fluffy Brush
Sekiranya kamu menggunakan tidak menggunakan puff tetapi fluffy brush, pastikan kamu lakukan cara begini. Hasilnya akan menjadi lebih sekata dan kurang berminyak.
Pertama sekali kacau fluffy brush dan putarkan dalam loose powder. Kemudian ketuk berus tersebut untuk keluarkan lebihan bedak di berus. Fluffy brush tersebut boleh disapu lembut atau secara layang-layang di wajah.
Selamat beramal!