Wanita yang menaikkan trend ‘glazed skin donut’ sentiasa tampil glowing, natural beauty. Terbaru, melalui TikToknya, Hailey Bieber akhirnya menunjukkan kita cara untuk mencapai penampilan cantik berseri ketika off-duty.
Menurut Hailey, sekarang dia berada di Chicago kerana mengikuti jelajah suaminya Justin Bieber ‘Justice’.
Hailey memulakan rutin dengan serum vitamin C. Serum ini dikatakan antara produk dalam penjagaan kulitnya Rhode yang akan dilancarkan pada bulan Jun nanti.
@haileybieber GRWM in Chicago pt. 1 🤍✨
Hailey mendedahkan rahsia wajah bercahaya kerana dia menyembur THE WATER Hydrating Self-Tan Water by TAN-LUXE pada waktu malam sebelum menggunakan produk penjagaan kulit. Meninggalkan dia dengan kulit yang cerah apabila dia bangun pada waktu pagi.
IKLAN
Selepas itu, Hailey tidak melupakan krim pelindung matahari, dia menggunakan EltaMD UV Daily SPF 40 Tinted Sunscreen dan solekan asas lain sehingga membawa kepada bibir seksinya.
2 Produk Untuk Bibir Seksi
Untuk mendapatkan bibir Hailey, ini caranya! Hailey melapik bibir dengan Make Up For Ever’s Artist Color Pencil in Anywhere Caffeine sebelum menyapu Charlotte Tilbury’s famous Matte Revolution Lipstick in Pillow Talk ke bibirnya menggunakan hujung jari.
@haileybieber GRWM PT. 2
Hailey kemudian menjelaskan bahawa dia menggemari kombinasi bibir yang dirasakan sepadan dengan warna semula jadi bibirnya.
Dan hasil akhirnya? Hailey kelihatan memukau, seperti biasa.