Tahukah kamu kelabu ialah warna New Balance?!
Kelabu merupakan warna yang sinonim dengan warisan New Balance. Sepanjang satu abad, hanya satu warna yang berkekalan dalam inovasi dan legasi jenama ini.
Grey Day disambut pada tarikh 14 Mei sebagai penghormatan kepada warna ikonik ini yang telah menjadi simbol utama bagi New Balance.
- Foto – New Balance
Untuk itu, New Balance memperkenalkan tiga rekaan bespoke bagi model 327, 57/40 dan XC-72 dalam pelbagai tona kelabu dan juga pakaian Essentials.
Cogan kata tahun ini – ‘Make it Grey’ meraikan individu-individu yang berani untuk berdikari dan mendorong kejayaan mereka melalui interpretasi warna kelabu dengan cara mereka tersendiri.
IKLAN
- Foto – New Balance
“Warna kelabu pada hakikatnya adalah warna yang ringkas tetapi amat kompleks. Ia boleh merungkaikan pelbagai kisah bergantung kepada warna yang digunakan atas kasut, menjadikannya warna versatil,” kata Paul Kaseumsouk, Pengurus Projek Kanan kepada produk-produk Grey Day 2022.
“Cogan kata Make it Grey, merupakan tema kepada Grey Day 2022. Kelabu menggambarkan keseimbangan, kelabu adalah neutral, kelabu itu menimbulkan rasa tenang. Kelabu boleh menjadi apa juga yang anda ingin jadikan, Make it Grey with New Balance,” tambah beliau.
- Foto – New Balance
Kasut-kasut The Grey Day 2022 daripada koleksi 327, 57/40 and XC-72 boleh didapati di semua kedai New Balance dan www.newbalance.com.my dengan harga runcit yang disyorkan RM499.00 bagi 327, RM539.00 bagi XC-72 dan RM579.00 bagi 57/40.
Koleksi ini dibuat menggunakan 50% bahan mentah yang dipilih mengikut piawaian daun hijau New Balance, menjadikannya kasut kelabu yang paling ‘hijau’ setakat ini.
- Foto – New Balance
Dapatkan di pasaran!