Ada yang sudah nampak ke koleksi edisi terhad ART IN MOTION oleh ASICS Sportstyle? Sangat cantik dan eksklusif rekaannya!
Koleksi edisi terhad ini menampilkan tiga model ASICS yang ikonik dan setiap satunya direka khas oleh artis Asia Tenggara termasuklah Kenji Chai.
Rentetan daripada kempen ulang tahun ke-30 GEL-LYTE III pada 2020, ASIC telah bekerjasama dengan 30 artis seluruh Asia Tenggara. Untuk koleksi ART IN MOTION ini pula, ASIC menampilkan rekaan kreatif daripada tiga artis Asia Tenggara; Malaysia, Singapura dan Thailand.
IKLAN
KENJI CHAI X GEL-1130™
Menggunakan corak warna signature miliknya, Kenji memperkenalkan watak alter egonya dalam koleksi ini iaitu “Chaigo“. Rekaan khas ini adalah untuk merakam kisah hidupnya dari awal sehingga kini untuk memberi tenaga positif pada orang ramai.
TOBYATO X NOVABLAST™
Reka bentuk Novablast™; hitam dan putih yang tidak simetri ini direka oleh artis Singapura, Tobyato. Rekaan ini membawa maksud keseimbangan halus antara hitam dan putih sambil meneroka sinergi yang luar biasa. Motif jalur harimau pada kasut ini pula memberi penghormatan pada kepercayaan tradisional Cina.
IRIN ARIYATANAPORN (ANN) X JAPAN S™
Menggabungkan ciri istimewa Irin dan estetika kasut Japan S™, artis dari Thailand ini menampilkan coretan yang mencerminkan sejarah bahan bola keranjang; kulit tradisional yang kasar kepada bola yang licin serta warna krim yang mewakili gelanggang dalaman.
Setiap koleksi ini tersedia di web ASICS, kedai ASICS dan Foot Locker Sunway Pyramid pada harga RM499 (GEL-1130™), RM599 (NOVABLAST™) DAN RM399 (JAPAN S™).