Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

6 Jenama Beg Tangan Popular Korea Sebagai Koleksi Tambahan

by Indah Aziz
May 15, 2022
Foto - Tatler Asia

Foto - Tatler Asia

63
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Bukan sahaja produk kecantikan, gaya fesyen juga dari Korea Selatan turut jadi buruan ramai. Ini semua gara-gara dari gelombang K-drama dan juga idol K-pop yang sentiasa nampak cantik di mata. Senang kata, apa yang dibuat oleh orang Korea pasti ada sahaja yang hendak ditiru.

Tidak tiru semata-mata tapi kualiti produk yang dikeluarkan bukan calang-calang. Ia sangat mementingkan taraf dan estetika yang luar biasa sebab itu ramai yang mula beralih arah kepada produk-produk dari negara kimchi itu. Setuju?

Kini fesyen beg tangan dari label-label fesyen Korea mula mendominasi pasaran. Mereka bijak memperkenalkan nama melalui siaran drama-drama hits.

Mungkin ada jenama dibawah ini yang anda pernah dengar atau tidak, tapi ketahuilah ia antara jenama beg tangan yang ada nilai dan boleh dijadikan koleksi baru bagi jenama mewah Asia pula.

#1 gu_de

Sejak dari 2016 lagi jenama beg tangan mewah gu_de memperkenalkan beg tangan bersaiz kecil. Ia terkenal dengan rekaan aura fesyen 70-an yang sarat dengan rantai besi, kunci dan bentuk beg yang bersegi.

Foto – gu-de-official.com

#2 deMAKER

Antara jenama beg yang gemar dijadikan beg kerja atau beg harian kerana sering mencipta beg-beg bersaiz besar atau beg tote. Setiap rekaan beg dari deMaker cukup moden dan mudah disuaikan dengan pelbagai casual-look.

IKLAN

Foto – Garmentory

#3 Find Kapoor

Apa jua trend beg tangan berlaku di Korea pasti bermula dengan jenama Find Kapoor. Ia sebuah beg tangan berjenama yang masih boleh didapati dengan harga yang berpatutan. Anda boleh start dengan koleksi Pingo, ia signature design dari jenama ini.

Foto – hallyumart

#4 Yurt

Beg tangan Yurt memberi pengalaman menjijit sebuah beg yang paling minimalis dan juga timeless. Walaupun rekaan ringkas tapi ia sebuah jenama yang mementingkan ketahanan dan perincian pembuatan tangan yang bermutu.

Foto – Ceatrip

#5 Hyethe

Jenama beg tangan Hyethe masih lagi memberi elemen kontemporari dalam setiap rekaannya. Ia bukan sekadar beg tangan tapi boleh dijadikan sebagai aksesori tambahan dalam outfit anda.

Foto – HYETHE

#6 Marge Sherwood

Jangan keliru, nama Marge Sherwood merupakan ilham dari karakter filem, The Talented Mr. Ropley (1999). Setiap koleksi dari beg tangan Marge Sherwood adalah gabungan elegan dan moden.

Foto – Lyst

Kalau anda tak puas melihat jenama beg diatas, terus sahaja ke laman sesawang setiap darinya. Antara enam yang jenama yang DIVA sediakan, agaknya yang mana paling anda suka? Jawab dengan kongsikan artikel ini pada kawan-kawan anda.

Tags: beg koreabeg tangan koreajenama beg korea
Share25SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    6 Jenama Beg Tangan Popular Korea Sebagai Koleksi Tambahan

  3. 3

    Ini Mungkin Salon Pertama Yang Menawarkan Khidmat Jururias ‘Lelaki Sado’

  4. 4

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  5. 5

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.