Bila tiba waktu untuk memilih cincin pertunangan pasti ia melibatkan dua belah pihak. Biasanya bagi pasangan masyarakat Melayu lebih gemar memilih cincin tunang bersama-sama. Berbeza dengan orang Barat yang suka memberi kejutan semasa lamaran. Jadi ia bagi peluang bagi setiap pasangan untuk menentukan konsep, rekaan dan bajet untuk sebentuk cincin.
Cincin tunang perlu dipakai sepanjang tempoh pertunangan, malah ada yang juga pakai walaupun setelah bernikah. Ia melambangkan status seorang wanita bakal menjadi kepunyaan seseorang. Sudah tentu ramai yang cincin tunang yang cantik, kena dengan personaliti dan paling utama sesuai dipakai sampai bila-bila.
Mari DIVA ajar cara yang betul untuk memilih cincin tunang yang tak ‘makan zaman’.
Cincin ada batu permata
Orang dulu-dulu selalu nasihat, cincin tunang biar dihiasi dengan batu permata atau berlian. Ini kerana bagi membezakan dengan cincin merisik yang biasanya adalah dari bentuk cincin belah rotan. Anda boleh pilih cincin dengan sebentuk permata atau rekaan cincin yang dikelilingi permata. Bergantung pada citarasa dan bajet anda serta pasangan.
Habib Jewel Pinched Band Solitaire Round Diamond Ring In 750/18K Yellow Gold [BELI]

Seeloknya cincin emas
Seiring dengan peredaran masa, ramai yang mula memilih cincin emas putih dari cincin emas biasa. Namun, DIVA syorkan anda untuk pilih cincin emas kuning kerana ia mempunyai kelebihan dari segi nilai. Jika difikirkan semula, warna emas kekal relevan biarpun 10 hingga 20 tahun akan datang. Ia juga sesuai dipakai dari pelbagai peringkat umur, boleh jadi cincin warisan untuk anak cucu cicit anda pula nanti.
Megan Jewellery Vintage Moissainite Emas 916 [BELI]

Saiz yang sederhana
Bagi ukuran dan saiz cincin bergantung pada fizikal seseorang itu. Wajib anda tahu ukuran saiz jari anda, terutamanya jari manis tangan kanan. Sebaliknya untuk saiz lebar cincin biarlah tidak terlalu besar. Biar kelihatan serba elok dan menonjol dengan gaya yang manis sesuai dengan orang Melayu.
Pandora 14k Gold-Plated Clear Sparkling Crown Solitaire Ring [BELI]

Agaknya anda dah dapat bayangan cincin yang bagaimana sesuai dengan anda? DIVA berharap dari artikel ini, ia membantu anda dan pasangan untuk memilih cincin pengikat pertama kasih sayang anda.
Selamat bertunang!