Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

#DIVAKongsi Pilihan Baju Tidur Yang Selesa Untuk Malam Yang Nyenyak

by Indah Aziz
May 14, 2022
Foto - The Ever-Pretty Blog

Foto - The Ever-Pretty Blog

53
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Siapa disini peminat atau pengumpul baju tidur?

Baju tidur sudah menjadi kewajipan bagi setiap wanita ia sama sahaja seperti pakaian yang lain iaitu mempunyai mood tertentu samada untuk kelihatan seksi, kasual, bermalasan mahupun selesa.

Namun apa yang penting untuk helaian pakaian tidur adalah keselesaannya. Ini kerana baju tidur mampu meningkatkan kualiti tidur kita. Nampak macam simple kan?

Malah memakai baju tidur yang lengkap bersama seluar panjang dapat mengurangkan risiko mendapat demam atau selesema. Lebih-lebih lagi, ketika cuaca sejuk atau memasang penghawa dingin. Jadi tak ada selimut pun tak mengapa.

Selain itu, baju tidur boleh melindungi kulit dari terkena dari sel-sel kulit mati yang tertinggal di cadar. Tapi jangan lupa untuk menukar baju tidur setiap malam ya.

Mari DIVA kenalkan 7 baju tidur yang cukup selesa dan boleh dipakai selama seminggu berturut-turut.

#1 Mango Cotton Pyjama Pack [RM189]

Satu set bajut tidur diperbuat dari kapas yang sejuk dan lembut. Menariknya, Mango siap ada beg jerut khas untuk anda menyimpan baju tidur ketika travel.

IKLAN

Foto – Mango

#2 FabAlley Floral Wrap Pyjama Set [RM138]

Unik bila FabAlley mengeluarkan set pakaian tidur dengan rekaan baju knot-wrap. Ia memberi kebebasan untuk anda memakai baju tidur samada lebih longgar atau mengikut bentuk badan. Jangan lupa, ada banyak pilihan corak bunga-bungaan dan warna untuk citarasa anda.

Foto – FabAlley

#3 Young Hearts Party Bunny Sleep Dresses [RM109.90]

Bonus! Buat anda yang mencari pakaian tidur untuk si anak gadis, set dress dari Young Hearts wajib beli.

Foto – Young Hearts

#4 Uniqlo Satin Short Sleeve Printed Pajamas [RM99.90]

Kain sejuk, lembut dan potongan yang longgar antara pujian yang diterima dari pembeli baju tidur ini. Fabrik satin yang tidak mudah kedut, mudah dicuci dan corak pula ternyata sangat cantik.

Foto – Uniqlo

#5 Marks and Spencer Pure Cotton Pyjama Set [RM89.90]

Lagi set pakaian tidur dari kapas yang lembut pada kulit yang dijual pada harga yang cukup berpatutan. Bukan sahaja selesa tapi lihat sahaja pada warna dan corak pilihan, sangat memikat hati.

Foto – Marks & Spencer

#6 H&M Patterned Cotton Pyjamas [RM74.95]

Diperbuat dari kain jersi yang lembut dan terletak menjadikan baju tidur H&M ini sesuai untuk tidur malam yang panas mahupun sejuk. Potongan lengan panjang dan seluar yang loose boleh jadikan baju ini sebagai night out outfit.

Foto – H&M

#7 Cotton On Body Washed Woven Sleep Set [RM70]

Nak tidur tapi masih mahu nampak comel dan seksi? Set baju tidur lengan tiga suku dan seluar pendek ini boleh anda add to cart. Rata-rata ulasan kata sesuai buat tidur malam ketika musim panas, especially cuaca macam Malaysia!

Foto – Cotton On

Puas hati tak semua? Happy shopping! 

Tags: baju tidur seksibaju tidur selesatips gaya baju tidur
Share21SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Ini Mungkin Salon Pertama Yang Menawarkan Khidmat Jururias ‘Lelaki Sado’

  3. 3

    #DIVAKongsi Pilihan Baju Tidur Yang Selesa Untuk Malam Yang Nyenyak

  4. 4

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  5. 5

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.