Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

Siapa Chanty Videla, Aktres Filipina Bakal Debut Dalam Kumpulan K-POP Lapillus

by Soph.Azz
May 13, 2022
Foto - @itsmaria.chantal (IG)

Foto - @itsmaria.chantal (IG)

19
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Pasti ramai yang tertanya-tanya selepas melihat wanita yang tinggi lampai ini kan? Kalau kamu nak tahu, wanita tersebut adalah aktres Filipina yang menjadi pelatih K-Pop idol.

Mengikut jejak K-Pop idol ‘asing’ yang lain; BLACKPINK Lisa, GOT7 Jackson Wang dan banyak lagi, Chanty berjaya tempatkan dirinya dalam industri ini.

Info: Chanty Videla (Chantal Videla) adalah aktres Filipina dibwah syarikat Star Magic seperti aktres Liza Soberano dan juga Kathryn Bernardo.

Dengan senyuman yang manis, tinggi lampai dan mata bulat seperti anak patung, ini beberapa perkara yang perlu kamu tahu tentang Chanty Videla. Scroll sampai habis okay?

#1 MLD Entertainment Jadi Pilihan

Selepas menandatangi kontrak dan diperkenalkan oleh MLD Entertainment iaitu syarikat kepada Momoland, Chanty mula dikenali ramai. 

View this post on Instagram

A post shared by MLD ENTERTAINMENT AUDITION (@mld_audition)

Sejak daripada itu, MLD Audition mula berkongsi cover lagu Chanty di YouTube dan membuatkan ramai yang memuji bakatnya sebagai penyanyi.

Berbanding dengan rakan pelatih Nonaka Shana, Chanty mempunyai vokal yang mendalam dan lebih rendah.

#2 Bakal Debut Pada Jun 2022 

View this post on Instagram

A post shared by MLD ENTERTAINMENT AUDITION (@mld_audition)

IKLAN

Dipetik daripada SCMP, MLD Entertainment bakal debutkan satu kumpulan K-Pop wanita pada Jun 2022. Diberi nama Lapillus, Chanty dan Shana merupakan ahli yang disahkan setakat ini.

#3 Ada Kontrak Bersama Agensi Terbesar Di Filipina

View this post on Instagram

A post shared by Chantal Videla️️ (@itsmaria.chantal)

Tak kekok berada di hadapan khalayak ramai dan kamera, Chanty memulakan kariernya sebagai model pada usia yang muda. Sejak daripada itu, dia ‘dilamar’ oleh agensi Star Magic.

Star Magic sangat dikenali dan merupakan agensi terbesar di Filipina yang mempunyai aktres hebat seperti Liza Soberano dan Kathryn Bernardo.

#4 Kuasai Tiga Bahasa Dengan Mudah 

View this post on Instagram

A post shared by Chantal Videla️️ (@itsmaria.chantal)

Memiliki darah kacukan iaitu Filipina (ibu) dan Argentina (bapa), Chanty mempunyai kelebihan dan sangat fasih dalam tiga bahasa; Tagalog, Sepanyol dan Inggeris. Sejak menjadi pelatih K-Pop idol, Chanty sedang belajar bahasa Korea asas dan berjaya menguasainya dalam masa yang singkat.

#5 ChanSha World: Akaun YouTube Bersama Nonaka Shana

Bersama dengan rakan pelatihnya iaitu Nonaka Shana, Chanty telah membuat satu rancangan YouTube yang diberi nama “ChanSha World“.

Menerusi rancangan ini, setiap episod akan menampilkan permainan dan cabaran yang perlu mereka lakukan. Setiap episod akan dimuat naik pada setiap minggu di channel Nadol YouTube.

Tak sabar rasanya nak tunggu debut kumpulan Lapillus dan Chanty Videla!

Tags: chanty videlak-pop lapillusmld entertainmentMomoland
Share8SendShare

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Ini Mungkin Salon Pertama Yang Menawarkan Khidmat Jururias ‘Lelaki Sado’

  3. 3

    Siapa Chanty Videla, Aktres Filipina Bakal Debut Dalam Kumpulan K-POP Lapillus

  4. 4

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  5. 5

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Fesyen
  • Kecantikan
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.