Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Fesyen

Eksklusif Untuk Pencinta ‘ONE PIECE’, Dapatkan Instinct 2 Solar Dari GARMIN!

by Opie Azizlan
May 12, 2022
Foto - GARMIN Malaysia

Foto - GARMIN Malaysia

10
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Psst… Ada tak peminat anime Jepun dan manga ‘ONE PIECE’ dalam kalangan pembaca DIVA? Kalau ada, DIVA ada satu berita baik untuk anda!

Baru-baru ini GARMIN Malaysia melancarkan jam tangan pintar baru iaitu Instinct 2 Solar ONE PIECE edisi terhad. Khas untuk pencinta ONE PIECE, rangkaian ini menampilkan jam tangan pintar yang diinspirasikan oleh beberapa watak klasik; Monkey D. Luffy, Roronoa Zoro dan Tony Tony Chopper.

“Dengan kerjasama terbaru GARMIN dengan anime dan manga terkenal iaitu ONE PIECE, kami telah menyepadukan elemen ikonik ke dalam reka bentuk jam tangan pintar ini, ciri terbina dalam, muka jam dan juga pembungkusan”, kongsi Encik Scoppen Lin, Penolong Pengurus GARMIN Asia.

  • Monkey D. Luffy Edisi Terhad (45mm Instinct 2)

Diinspirasikan oleh watak protagonis utama ONE PIECE yang mendapat kebolehan daripada Gum Gum Fruit, jam tangan pintar ini dihiasi dengan jalur warna hitam lanun.

Foto – GARMIN Malaysia

Dipadukan pula dengan gesper yang dihiasi tengkorak, perincian tulang bersilang, bezel merah dan kuning serta aksen butang yang menggambarkan Luffy.

  • Roronoa Zoro Edisi Terhad (45mm Instinct 2)

Menyuntik matlamat Zoro iaitu ‘Menjadi ahli pedang terhebat dunia’, jam tangan pintar ini menampilkan warna rambut dan pakaian ikonik watak tersebut.

Foto – GARMIN Malaysia

Reka bentuknya menampilkan ciri khas Zoro iaitu bertarung menggunakan tiga pedang.

  • Tony Tony Chopper (40mm Instinct 2S)

Menampilkan ciri comel Chopper si doktor dan adegan klasik sakura, reka bentuk jam tangan pintar ini mempunyai sarung merah jambu dan butang biru di tepinya.

Foto – GARMIN Malaysia

Muka jam tangan ini pula dihiasi dengan butiran tengkorak dan tulang bersilang.

Fakta Tentang Instinct 2 Solar ONE PIECE: 

  • Siri ini dibina selaras dengan ujian MIL-STD-810 untuk kalis air, rintangan jatuh dan hentakan, rintangan haba dan kakisan.
  • Berkadar air hingga 100 meter dan dilengkapi dengan paparan pengecasan solar Power Glass dan boleh mencapai penukaran solar 30% lebih besar.
  • Dilengkapkan dengan penentududukan berbilang satelit terbina dalam (GPS, GLONASS dan Galileo), altimeter, barometer, kompas elektronik dan fungsi Tracback.
  • Pengguna boleh cabar had mereka dengan lebih daripada 30 mod sukan dalaman dan luaran.

Koleksi Instinct 2 Solar ONE PIECE edisi terhad boleh didapati di kedai GARMIN, Shopee, Lazada dan AEOCO e-store dengan harga RM2299 setiap satu.

Tags: Anime One Piecegarmin instinct 2 solargarmin malaysia
Share4SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - SAMSUNG
Fesyen

Intai SAMSUNG Galaxy Watch4 Classic, Gaya Sporty Jadi Lebih Sofistikated!

by Opie Azizlan
May 19, 2022
0

Jam tangan pintar SAMSUNG Galaxy Watch4 Classic? Sekali pandang memang nampak sangat eksklusif dengan gaya sporty yang sofistikated! Buat yang...

Baca Lagi
Foto - Levi's
Fesyen

5 Individu Berwawasan Bergabung Menerusi Kempen Levi’s The Travelling 501

by IamLisa
May 18, 2022
0

Untuk meraikan masa lalu, sekarang dan depan, Levi's telah berganding tenaga dengan ima indivud berwawasan di Asia Tenggara yang menyerlahkan...

Baca Lagi
Foto - Vogue
Fesyen

Selain Harry Style, Siapa Selebriti Lelaki Yang Sertai Trend Warnakan Kuku?

by Opie Azizlan
May 18, 2022
0

Beza daripada dulu sama ada lelaki biasa atau selebriti yang mewarnai dan hiasi kuku, mereka tak lagi dipandang pelik. Ramai...

Baca Lagi
Foto - Red Magazine
Fesyen

Manisnya Si Dia Dengan Floral Dress Yang Mampu Membangkitkan Mood

by IamLisa
May 18, 2022
0

"Aduh bosannya, asyik pakai pakaian yang sama.." Nah, sekarang tiada lagi bila kamu membeli floral dress yang cantik-cantik ini. Tahukah,...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.