Tanpa kita sedar, kamar mandi menjadi satu bilik rahsia dimana kita melepaskan tekanan dan menghargai waktu privasi. Kalau lihat dalam filem atau drama pasti ada sahaja babak menangis dalam bilik air atau tertidur ketika berendam didalam tab mandi. Ia melegakan dan membersihkan diri.
Mungkin ada diantara kita yang suka menyendiri di dalam bilik air tapi haruslah bilik air bersih dan wangi sepanjang masa. Mari DIVA beri sedikit idea buat anda untuk tambah aksesori dan barangan untuk bilik air anda.
#1 Lilin pewangi
Nyalaan lilin yang menenangkan, ditambah pula dengan haruman mengasyikkan membuatkan tekanan di kepala lebih ringan. Bukan itu sahaja, wangian lilin boleh menyingkirkan bau yang kurang enak di dalam bilik air.
Diptyque Baies Candle [BELI]

#2 Tuala bersih
Sentiasa sediakan tuala bersih didalam rak kamar mandi anda. Ia bagus untuk kes-kes kecemasan yang tidak disangka-sangka. Malah perlu anda ingat, tuala mandi perlu ditukar selepas tiga kali guna. Ini kerana tuala menyerap lembapan dan boleh mengundang pembiakan bakteria.
KapasLUXE® Bath Towel [BELI]

#3 Gel mandian
Jika anda suka mandi dengan derunan ‘air hujan’ mesti kena ada gel mandian yang wangi dan mudah dibersihkan. Bukan itu sahaja, pastikan ia ada sedikit elemen keseronokan ketika mandi. Sebagai contoh, jeli mandian dari Lush ini yang comel dan paling penting sangat wangi!
Lush Gummy Bear Shower Jelly [BELI]

#4 Set peralatan mandian
Rimas bila berus gigi, sabun dan beberapa botol mandian bersepah-sepah di sink? Apakata sediakan bekas khas untuk susun atur semula produk- produk tersebut. Anda boleh pilih pelbagai set bekas mandian mengikut rekaan dalaman yang diinginkan sebagai contoh nordic, minimalis dan banyak lagi.
Nordic Ceramic Bathroom Set [BELI]

#5 Alas kaki
Ia bertujuan bagi mengekalkan keadaan lantai yang kering dan bersih. Malah alas kaki atau karpet bilik mandi membantu dari sebarang risiko tergelincir. Kalau anda mahu ruang bilik mandi kelihatan sentiasa bersih. Alas kaki jadi penyelamat.
IKEA Toftbo Bath Mat [BELI]

Dah dapat idea tak? Senang kata barangan yang DIVA cadangkan bukan sahaja memberi keselesaan pada bilik mandi tapi sekaligus mencipta wajah baru untuk bilik mandi anda.
Selamat beramal!