Cara baru nak jaga kulit sentiasa hidrat dan glowing!
Perasan tak dalam Business Proposal, ada sahaja yang babak product placement yang mengoles face stick di bahagian dahi, garis senyuman dan leher. Bila di selidik, baru lah tahu rupanya kini produk face balm stick jadi fenomena di sana.
Pada pendapat DIVA, ini suatu inovasi kecantikan yang bernas kerana ia membuatkan rutin penjagaan kulit lebih mudah dan cepat.
Kelebihan Face Balm Stick..
Ia mempunyai pelbagai kebaikan untuk kulit wajah anda. Biasanya face balm stick digunakan sebagai pelembap dan ada yang telah digabungkan formula untuk mencegah kedutan, pigmentasi dan tompok gelap.
Bentuk stick yang padat dan bekas yang mudah laras. Anda hanya boleh sapu sahaja face balm pada kawasan yang tertentu.

Orang Korea cukup gemar menyapu face balm mereka di garis senyuman, dahi dan leher untuk mengurangkan kesan kedutan. Selain itu ia boleh dipakai dibawah mata, bibir atau kawasan kulit yang kering.
Jangan lupa, face balm juga boleh disapu dibahu, tulang selangka dan tulang pipi sebagai highlighter. Ia memberi ilusi berseri-seri dan sedikit seksi.
Sesuai untuk siapa?
Semua pun boleh pakai face balm ini tapi DIVA syorkan pada pembaca yang sering on-the-road. Iyalah bila travel memang tak suka bawa banyak barang bukan? Bila ada face balm stick ini memang senang nak guna terutamanya selepas solat. Hanya swipe sahaja!
Bagi anda yang mengalami kulit kering atau bekerja di dalam pejabat berhawa dingin pun boleh jadikan ia sebagai penyelamat.

Kalau anda seorang yang mementingkan teknik yang ringkas dalam rutin penjagaan kulit, memang wajib sangat beli face balm stick. Terutama sekarang kita kurang bersolek sebab pakai topeng pelitup muka.
Baru nak mula beli face balm stick tu, DIVA cadangkan jenama-jenama dibawah;
#1 EUNYUL Moisture Glow Multi Balm [BELI]
- Foto – Ubuy
#2 CETANA Multi Balm Moisturizer [BELI]
- Foto – Cetanaus
#3 KAHI Wrinkle Bounce Multi Balm [BELI]
- Foto – KAHI
#4 IFNERY Collagen Multi Balm Stick [BELI]
- Foto – Shopee
Sebenarnya multi-stick begini bukanlah produk yang luar biasa tapi syarikat-syarikat kecantikan dari Korea lebih kehadapan dengan memperkenalkan face balm stick yang lebih berkesan, formula mesra pada kulit dan packaging yang menarik.
- Foto – Youtube
Lepas ini tiada alasan lagi untuk kita tidak menjaga kelembapan kulit. Boleh guna face balm diatas untuk kulit kekal sihat dan awet muda bebas kedut.