Teruja betul akhirnya dapat mendiami rumah sendiri dan bebas melakukan apa sahaja samada untuk dekorasi, aktiviti privasi dan bermacam lagi. Mendapat kunci rumah sendiri juga antara kejayaan yang ramai ingin kecapi. Orang kata antara impian jadi kenyataan menikmati harta yang besar dari titik peluh.
Buat anda yang bakal cuci kaki masuk rumah nanti, DIVA ucapkan tahniah! Tak sabar rasa nak main deko-deko rumah bukan? Jika anda masih lagi bertatih dalam dunia hiasan dalaman rumah, ada jalan mudah untuk rumah anda tetap nampak cantik, well-prepared dan paling penting kemas.
Nah, DIVA sediakan senarai barangan rumah IKEA yang wajib anda beli untuk rumah baru. Semuanya sangat berguna untuk keperluan harian anda.
#1 RÅSKOG [RM169]
Rak troli paling popular di IKEA, ia sangat cantik, multifunction dan ianya kukuh berbanding rak troli jenama lain. Anda boleh menyimpan banyak sangat kelengkapan rumah di dalam rak bergerak ini. Boleh diletakkan di dapur, ruang makan, bilik tidur atau bilik belajar.
- Foto – NuoKing
#2 LENNART [RM59.90]
Tengok macam rak biasa bukan? Tapi kalau anda kreatif ia boleh jadi kabinet dapur, rak pakaian dan macam-macam lagi. Struktur rak yang kukuh dan saiz yang cukup luas memang okay sangat untuk barang-barang dalam rumah anda.
IKLAN
- Foto – pegasusaerogroup.com
#3 VÄRDERA [RM199]
Kalau dah masuk rumah baru, mestilah kena ada satu set pinggan mangkuk. DIVA syorkan anda beli sahaja set pinggan Vardera IKEA ini. Pinggan jenis porselin ini sangat sesuai untuk table setting minimalis. Jangan risau ia selamat untuk digunakan di dalam microwave dan dishwasher.
- Foto – IKEA
#4 LERBERG [RM79-RM99]
Antara rak IKEA yang memang laku keras! Kalau anda lambat memang kena tunggu stok baru lah jawapnya. Ramai yang guna rak Lerberg untuk susunan pokok hiasan, sudut gambar keluarga atau lain-lain perhiasan rumah sebagai penambah identiti untuk rumah. Rak Lerberg terdapat dalam dua saiz iaitu dua tingkat (60x70cm) dan empat tingkat (60x148cm).
- Foto – IKEA Indonesia
#5 JÄLL [RM32.90]
Satu-satunya bakul dobi yang paling DIVA suka! Cukup ringkas rekaannya, mudah dibawa dan paling penting ia mampu menampung pakaian anda sehingga 8 kilogram. Letak dimana pun, nampak cantik dan kemas walaupun dalam penuh dengan baju busuk.
- Foto – IKEA
#6 VARIERA [RM9.90]
Kalau anda suka guna semula plastik-plastik dari kedai pastikan anda simpan plastik tersebut dengan guna Variera ini. Tak perlu lagi letak plastik bersepah-pecah dalam laci atau bungkusan plastik lain. Jangan terkejut tau, rupanya banyak lagi hacks yang anda boleh cipta dengan Variera. Ada yang buat pasu bunga, letak pakaian dalaman dan macam-macam!
- Foto – The Kitchn
Best kan semua barang dari IKEA ini? Anda boleh dapatkan terus di gudang IKEA berdekatan atau secara atas talian melalui pautan harga yang telah DIVA sediakan.