Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Trend Slugging Hair: Betul Ke Rambut Jadi Lembut & Lambatkan Uban?

by Opie Azizlan
May 11, 2022
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

25
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Baru-baru ini DIVA perasan ramai orang mula menggunakan hashtag #slugginghair di TikTok. Difahamkan teknik slugging hair ini berasal dari Korea yang berfokuskan pada penjagaan rapi rambut yang extra pada malam hari.

Sama konsep seperti slugging skin, trend baru ini dikatakan berkesan untuk kamu yang mahukan rambut jadi lembut, tak beruban dan bersinar. Trend ini hanya memerlukan minyak rambut sebagai agen penghidrasi sebelum kamu tidur.

Nak tahu lebih lanjut tentang trend hair slugging, baca perkongsian di bawah;

Peliknya Hair Slugging, Siapa Yang Sesuai? 

Info: Teknik hair slugging telah diamalkan sejak beribu tahun yang lalu oleh wanita Asia Selatan. Mereka akan buat minyak rambut sendiri untuk menggalakkan kulit kepala dan rambut menjadi sihat.

Kalau kamu nak tahu trend slugging hair yang diamalkan sejak dulu ini dapat menghasilan rambut menjadi lebih tebal, kuat dan tumbuh dengan cepat. Paling best sekali, rambut tak akan mudah keguguran dan lambat beruban tau!

@moniquemrapier

you will never go back 🥺 say goodbye to split ends 👏🏼 comment any questions!💗 #hair #hairtok #hairhacks #haircare #hairtips #hairdamage

♬ Eenie Meenie (Radio Version) – Sean Kingston & Justin Bieber

Sebelum lakukan trend ini di rumah, DIVA kongsikan beberapa tips untuk manfaat bagi setiap rambut seperti berikut;

  • Kerinting semula jadi – Jenis ini akan mudah kering dengan cepat jadi slugging hair akan kekalkan rambut jadi lembap, bersinar dan lembut.
  • Tebal, rapuh dan kering – Digalakkan untuk gunakan minyak rambut yang berat, masker dan juga kerap exfoliate rambut.
  • Halus dan nipis – Perlu lakukan slugging hair sebanyak sekali seminggu dengan menggunakan minyak rambut yang ringan.

Macam Mana Nak Cuba Buat Slugging Hair?

Untuk trend slugging hair, ada dua cara yang boleh kamu lakukannya. Ingat, buat ikut keselesaan dan kesesuaian pada rambut okay?

@abbeyyung

#hairslugging #slugging #hairhacks #haircarehacks #sleephairstyles

♬ Toxic x Pony – ALTÉGO

Cara 1: Guna Minyak Rambut Yang Ringan

  • Pertama sekali letakkan minyak rambut pilihan kamu di tapak tangan dan sapukan ke hujung rambut.
  • Ratakan minyak rambut tersebut sehingga yakin setiap helai kena.
  • Kemudian ambil stokin yang bersih dan masukkan rambut ke dalamnya.
  • Ikat stokin tersebut dengan ikat rambut atau scrunchie sutera supaya tidak longgar dan jatuh semasa tidur.
  • Biarkan semalaman dan buka selepas bangun tidur.
Foto – Pinterest

Cara 2: Guna Minyak Rambut Yang Berat

  • Dengan kuantiti yang sesuai, sapukan minyak rambut yang berat bermula dari akar rambut hingga ke hujung rambut.
  • Kemudian ambil masker rambut dan sapunya di atas rambut yang disapu minyak.
  • Ambil stokin bersih dan masukkan rambut ke dalamnya.
  • Ikat rambut dengan stokin menggunakan scrunchie sutera atau pengikat rambut.
  • Biarkan semalaman dan bilas selepas bangun tidur.

DIVA syorkan untuk setiap jenis rambut lakukan trend slugging hair ini sekurang-kurangnya 1 hingga 2 kali seminggu. Selamat beramal!

Tags: #hairslugginghair sluggingslugging rambut
Share10SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Vogue
Kecantikan

Semangkuk Ais Jadi Rutin Kecantikan Bella Hadid, Apa Kebaikannya?

by Opie Azizlan
May 19, 2022
0

"Saya panggil teknik ini sebagai 'Ice Bath'"- supermodel Bella Hadid. Jika anda tertanya-tanya sama ada teknik ini berbaloi atau patut...

Baca Lagi
Foto - Healthline
Kecantikan

5 Skincare Berasaskan Teh Hijau, Bahan Superhero Untuk Jerawat Hingga Anti-Penuaan

by IamLisa
May 19, 2022
0

Teh hijau bukan sahaja selamat untuk minum setiap hari, tetapi juga selamat untuk menggunakannya dalam rutin penjagaan kulit harian. Dikenali...

Baca Lagi
Foto - Olaplex
Kecantikan

Tiada Lagi Rambut Bermasalah Dengan OLAPLEX No. 9 Bond Protector Nourishing Hair Serum

by IamLisa
May 19, 2022
0

Pendedahan yang berpanjangan kepada bahan pencemar, mengakibatkan rambut kusam dan tidak bermaya. Lindungi dan suburkan mahkota kamu dengan OLAPLEX No. 9...

Baca Lagi
Foto - Times of India
Kecantikan

#DIVAKongsi 5 Skincare Beri Wajah Bersih Berkilat Dengan Segera

by IamLisa
May 18, 2022
0

"Weh berkilatnya muka kau, apa rahsia? Kongsilah dengan aku." Best betul bila pakai produk yang buat muka kita bukan saja...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.