Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

#DIVAKongsi Warna Rambut Paling Stail, Sesuai Untuk Kulit Si Kuning Langsat

by Opie Azizlan
May 10, 2022
Foto - Scha Alyahya (FB)

Foto - Scha Alyahya (FB)

20
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Kuning langsat: Warnanya putih dan lebih kepada kekuningan. Tona warnanya berada di antara putih gading (fair) dan sawo matang (tan).

Untuk pengetahuan kamu, warna kulit ini merupakan warna kulit bagi kebanyakan orang Asia termasuklah Malaysia. Dan tak dinafikan juga, DIVA kerap perasan individu berkulit kuning langsat ini akan mengalami kesukaran untuk mencari warna yang sesuai dan padan dengan mereka. Salah satunya warna rambut.

Disebabkan oleh itu dalam entri kali ini, DIVA nak kongsikan beberapa warna rambut yang sesuai untuk si kuning langsat. Semak di bawah;

  • Chestnut

Foto – Pinterest

Untuk chesnut, warna ini terdiri daripada warna coklat yang didominasikan oleh warna merah. Bila gunakan warna ini, rambut kamu akan kelihatan lebih semula jadi dan naik serinya.

  • Brunette 

Foto – Pinterest

Untuk kamu yang mahu ‘play safe‘, DIVA syorkan untuk warnakan rambut dengan warna brunette. Brunette adalah warna coklat gelap dan lebih kepada kehitaman tapi bukan warna hitam tau.

  • Pink Ombre

Foto – Pinterest

Untuk si berani dan mahu tampil lain daripada yang lain, cuba gayakan warna rambut pink ombre pula. Warnanya yang terdiri daripada merah jambu pastel dan ombre ini boleh memberikan personaliti yang ceria.

  • Light Auburn 

Foto – Pinterest

Gabungan warna coklat muda dengan rona merah, warna light auburn ini akan berikan kesan yang lebih segar pada penampilan kamu. Cadangan DIVA adalah stailkan rambut kamu dengan gaya beralun, barulah nampak eksklusif.

  • Caramel Brown 

Foto – Pinterest

Jika nak nampakkan kulit sedikit putih daripada kebiasaannya, cuba gayakan warna rambut caramel brown. Warna coklat yang dipadukan dengan sedikit hint keemasan ini sesuai untuk kamu gayakannya dalam apa-apa situasi sekalipun.

Psst… Sebagai rujukan untuk si kuning langsat, individu yang memiliki kulit langsat di Malaysia adalah Neelofa, Scha Alyahya dan Fazura. 

Tags: idea warna rambutkulit kuning langsatmedium fair skin
Share8SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Healthline
Kecantikan

5 Skincare Berasaskan Teh Hijau, Bahan Superhero Untuk Jerawat Hingga Anti-Penuaan

by IamLisa
May 19, 2022
0

Teh hijau bukan sahaja selamat untuk minum setiap hari, tetapi juga selamat untuk menggunakannya dalam rutin penjagaan kulit harian. Dikenali...

Baca Lagi
Foto - Olaplex
Kecantikan

Tiada Lagi Rambut Bermasalah Dengan OLAPLEX No. 9 Bond Protector Nourishing Hair Serum

by IamLisa
May 19, 2022
0

Pendedahan yang berpanjangan kepada bahan pencemar, mengakibatkan rambut kusam dan tidak bermaya. Lindungi dan suburkan mahkota kamu dengan OLAPLEX No. 9...

Baca Lagi
Foto - Times of India
Kecantikan

#DIVAKongsi 5 Skincare Beri Wajah Bersih Berkilat Dengan Segera

by IamLisa
May 18, 2022
0

"Weh berkilatnya muka kau, apa rahsia? Kongsilah dengan aku." Best betul bila pakai produk yang buat muka kita bukan saja...

Baca Lagi
Foto - NUTOX
Kecantikan

Jom “Get-Set, Glow!” Dengan 2 Produk Popular NUTOX Renewing Treatment!

by Opie Azizlan
May 18, 2022
0

Psst... Nak tahu tak NUTOX kini sedang menganjurkan kempen yang bertemakan K-Pop iaitu "NUTOX Get-Set, Glow"? Kempen ini dijalankan bertujuan...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.